KUALA LUMPUR: Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), syarikat sekutu Boustead Heavy Industries Corp Bhd (BHIC) menyerahkan Kapal Misi Litoral (LMS3) ketiga kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
BHIC berkata LMS adalah kelas kapal perang TLDM baharu yang akan meningkatkan pertahanan maritim Malaysia sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi 15 hingga 5 Tentera Laut untuk menaik taraf armada kapalnya dan menyediakan armada yang cekap dan sesuai bagi semua tujuan.
Majlis penyerahan fizikal LMS3, yang ketiga daripada empat unit LMS kelas Keris itu yang dibina bersama di China oleh BNS dan China Shipbuilding and Offshore Corp (CSOC), diadakan di Wuchang Shipyard di Qidong, Nantong di Wilayah Jiangsu, China, hari ini.
"Penyerahan itu adalah susulan penerimaan semua sijil akhir oleh TLDM dan penyiapan struktur badan kapal, ruang dalam kapal dan peralatan serta ujian dan percubaan sistem tempur, sebagai mematuhi spesifikasi kontrak," kata BHIC dalam satu kenyataan hari ini.
Kontrak pemerolehan untuk membina bersama LMS itu dimeterai pada 23 Mac, 2017 antara BNM dan kerajaan Malaysia dengan CSOC bertindak sebagai rakan limbungan BNS.
Program LMS dilaksanakan menerusi kerjasama tiga pihak antara TLDM, BNS dan tiga pihak China iaitu CSOC, Wuchang Shipbuilding Industry Group dan China Classification Society (CSC).
Ketua Pegawai Eksekutif BHIC Sharifuddin Md Zaini Al-Manaf berkata syarikat itu berbangga dengan sumbangannya kepada pertahanan maritim negara dan berharap memperoleh kontrak kumpulan LMS yang seterusnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata kejayaan penyerahan fizikal LMS3 itu memberi prospek baik kepada usaha BHIC untuk menjadi organisasi mencatatkan prestasi tinggi sejajar dengan strategi Reinventing Boustead untuk mencatatkan pertumbuhan mampan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 14 2021

BHIC berkata LMS adalah kelas kapal perang TLDM baharu yang akan meningkatkan pertahanan maritim Malaysia sebagai sebahagian daripada Pelan Transformasi 15 hingga 5 TLDM. - Gambar fail

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Projek LCS: Representasi bekas Pengarah Urusan BNS untuk gugur pertuduhan ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor untuk menggugurkan tiga pertuduhan pecah amanah.

LCS: MOF tubuh SPV, ambil alih Boustead Naval Shipyard - Mohamad
Kementerian Kewangan menubuhkan syarikat bertujuan khas bagi mengambil alih syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan LCS iaitu Boustead Naval Shipyard.

Pembinaan LCS diharap disambung semula awal tahun depan
Projek LCS masih dalam fasa mobilisasi yang dijangka selesai hujung Disember ini.

Fasa mobilisasi LCS tunjuk perkembangan positif - Hishammuddin
Fasa mobilisasi projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selama enam bulan bermula Jun lepas menunjukkan perkembangan positif.

Skandal LCS: Zahid setuju ubah reka bentuk LCS selepas disyor BNS - Laporan JKSTUPKK
Persetujuan itu dibuat kurang dua bulan selepas Ahmad Zahid akur dengan pendirian TLDM yang mahu menggunakan reka bentuk SIGMA dari Belanda.

Isu LCS: Kenapa projek lari jauh dari tarikh siap? - Wan Saiful
UMNO didesak supaya tidak mengalihkan perhatian rakyat dengan menyatakan bahawa kapal tersebut wujud dan sedang disiapkan.

Perkakasan dalam gudang LCS belum usang, masih boleh diguna 25 tahun lagi - BNS
BNS sangkal dakwaan 15 peratus daripada perkakasan yang disimpan dalam gudang LCS sudah usang.

"LCS bukan projek halimunan, tidak dibuat dari kayu" - BNS tunjuk bukti kemajuan pembinaan
Kewujudan fizikal kelima-lima LCS itu menandakan RM6 billion yang dibelanjakan oleh kerajaan itu telah dibuktikan, tegas BNS.

Isu LCS: BNS berjaya selamatkan 'projek sakit' zaman Mahathir - Najib
BNS yang kini hangat diperkatakan susulan isu pemerolehan kapal tempur pesisir (LCS) sebenarnya berjaya menyelamatkan 'projek sakit' semasa zaman Tun Mahathir, kata Najib.

Projek LCS: Boustead Naval Shipyard akan beri kerjasama penuh
BNS menyokong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan salah laku dalam projek LCS.