KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan elektrik, BPE Engineering & Services Sdn Bhd terus mengorak langkah ke hadapan dengan menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan mampan melibatkan process heater dan general electrical maintenance services kepada sektor minyak dan gas negara.
Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Jamelah Jamaluddin berkata, penawaran berkenaan merupakan transformasi pihaknya untuk menumpukan elemen berasaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) selain mengoptimumkan kepakaran tempatan untuk sebarang keperluan perkhidmatan penyelenggaraan elektrik.
Katanya, ia juga sejajar dengan aspirasi global untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.
“Syarikat juga menuju ke arah teknologi hijau, dan ingin mengembangkan lagi jaringan dalam sektor minyak dan gas kerana ia mudah berubah dan tidak menentu.
“Jadi, kita perlu lebih mampan dan menerokai pelbagai sektor yang mana dapat digunakan kepakaran syarikat. Sebagai contoh, dalam sektor insfrastruktur (internet perkara, IoT), telekomunikasi, pengangkutan dan semua sektor yang memerlukan servis kejuruteraan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Pameran Minyak dan Gas Asia (OGA) 2022 bersama Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia (MOGSEC) dan Persidangan Kelestarian Petrokimia (PSC), pada Selasa.
Dalam pada itu, tambah Jamelah, pihaknya turut bekerjasama dengan pelbagai pembuatan atau pengeluar peralatan tulen (OEM) yang mampu mempercepatkan syarikat menembusi pasaran domestik termasuk serantau dan antarabangsa.
Sementara itu, Pengarah Urusannya, Ir Ts Mohd Isnari Idris berkata, penawaran teknologi itu juga dilihat amat mesra, mampu menjimatkan kos serta selamat digunakan oleh pelanggan atau pengguna (end user).
“Antara teknologi yang bakal BPE memperkenalkan ialah Concept Generator, yang mana syarikat menggunakan tenaga hibrid ke atas solar dan generator diesel.
"Manakala Eudosia Remote Power Turbine menawarkan Remote Power Generation menggunakan proven ranking cycle technology dan memerlukan servis dan penyelenggaraan hanya sekali setahun, lantas ia menjimatkan kos operasi (OPEX) kepada pengguna.
"Keduanya, untuk “process electric heater”, BPE juga sedang berkolaborasi dengan Original Equipment Manufacturer (OEM) dalam pemasangan “smart sensors” melalui teknologi IoT yang memberikan maklumat operasi dalam talian data bagi tujuan penyelenggaran seperti yang dicadangkan oleh OEM bagi memanjangkan jangka hayat peralatan serta mengelakkan daripada unnecessary plant shutdown.
"BPE juga mempunyai kepakaran tempatan yang dilatih oleh OEM untuk memberi sokongan perkhidmatan selepas jualan kepada pengguna termasuk kemahiran untuk mereka bentuk, membina, menguji dan mentauliahkan Heater Control Panel di peringkat tempatan.
“Selain itu, syarikat juga sedang berkolaborasi dengan rakan kongsi dari segi penyediaan teknologi yang menggunakan IoT dan menepati revolusi industri 4.0,” ujarnya.
Untuk rekod, BPE Engineering & Services telah mengembangkan tawarannya bukan sahaja dalam produk dan perkhidmatannya, malah kecekapan mendekati kebimbangan utama pelanggan melalui pengalaman nilai tambah.
Ia turut disokong oleh penguasaan berdekad dalam disiplin kejuruteraan elektrik sejak penubuhan syarikat pada 1994.
Ehsan A Marisah
Wed Sep 14 2022
BPE Engineering & Services telah mengembangkan tawarannya bukan sahaja dalam produk dan perkhidmatan, malah kecekapan mendekati kebimbangan utama pelanggan melalui pengalaman nilai tambah. - Foto BPE Engineering & Services
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
BPE Engineering & Services siap sedia tawar teknologi penyelengaraan mampan
Penawaran itu juga sejajar dengan aspirasi global untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.