Brahim's Holdings Bhd menyasar untuk melonjakkan hasil perniagaan bukan penerbangannya kepada 30-40 peratus dalam masa dua tahun lagi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap perniagaan katering dalam pesawat.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata perniagaan berasaskan penerbangan kumpulan itu menyumbang kira-kira 85 peratus kepada hasil kumpulan setakat ini.
"Kami akan terus memajukan perniagaan penerbangan ini bagi meningkatkan segmen perniagaan katering.
Namun, pada masa sama, kami juga mahu meningkatkan sektor bukan penerbangan termasuk gudang Tamadam, 15 restoran di lapangan terbang di bawah Dewina Host Sdn Bhd serta perniagaan sajian makanan lain.
"Kemampuan kami juga besar dan produknya boleh dihantar ke serata tempat," katanya pada taklimat media mengenai usaha sama halal kumpulan itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SATS Food Services Sdn Bhd, Ainul Hasnizam Abu Hasan berkata syarikat katering halal (dalam pesawat) terbesar dunia itu pula menyasarkan meraih hasil RM30-40 juta daripada segmen sajian makanan bukan penerbangan dalam masa dua tahun akan datang.
Menurutnya, unit Brahim's itu juga baru sahaja memuktamadkan kontrak katering dengan pelbagai pihak termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Bhd, 7-Eleven dan ruang menunggu bagi penumpang syarikat penerbangan Emirates.
Selain itu, Ibrahim berkata syarikat pegangan persendirian, Dewina Holdings Sdn Bhd turut mengendalikan syarikat katering hasil usaha sama dengan pihak Koperasi Angkatan Tentera.
Sehubungan itu, katanya, kumpulan berkenaan kini memberi tumpuan untuk memperkukuhkan operasi menerusi penggabungan syarikat awam dan persendiriannya bagi memacu pertumbuhan perniagaan.
Mengulas penyertaan dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2017 (MIHAS 2017), Ibrahim berkata ini merupakan kali pertama syarikat-syarikat di bawah kumpulan itu bergabung bagi mengetengahkan penyelesaian komprehensif perniagaan halal.
Ini termasuk mengetengahkan kecemerlangan perniagaan dan kecekapan kumpulan dalam peringkat pengeluaran, pemasaran, perundingan sehinggalah katering.
Syarikat yang terbabit termasuk Dewina Food Industry Sdn Bhd (cabang pengeluaran), Dewina Trading Sdn Bhd (pemasaran dan jualan), Dewina Consult Sdn Bhd (memiliki kepakaran dalam projek industri halal, perundingan, pensijilan dan latihan) serta SATS.
Ibrahim berkata, kumpulan itu juga berhasrat untuk muncul sebagai syarikat inovasi halal nombor satu dunia dalam industri makanan dan pengeluaran menjelang 2020 dengan memanfaatkan revolusi perniagaan dan penyelesaian halal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017

IBRAHIM: Kami akan terus memajukan perniagaan penerbangan ini bagi meningkatkan segmen perniagaan katering.

Banjir: Pekan Beaufort terjejas teruk, penduduk sukar dapatkan barangan keperluan
Banjir berkenaan mengakibatkan jalan raya kini hanya boleh dilalui kenderaan berat dan perkhidmatan kereta api terputus.

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Brahim's sedia makanan halal untuk 35 syarikat penerbangan antarabangsa
Brahim's Food Services Sdn Bhd kini menyediakan perkhidmatan makanan halal dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia.

Brahim's sah runding lepaskan 70% ekuiti, termasuk dengan entiti asing selain Malaysia Airlines
Datuk Seri Ibrahim Abdullah mengesahkan pihaknya sedang dalam perbincangan untuk melepaskan 70 peratus ekuiti di dalam Brahim's Food Services (BFS).

'Rundingan ambil alih MAS Catering sudah bermula awal 2003, tiada kaitan Pak Lah jadi PM' - Ibrahim
Brahim's Holdings Berhad menolak dakwaan kontrak legasi' yang mengaitkan syarikat itu memperoleh MAS Catering pada 2003 kononnya disebabkan hubungan Ibrahim dengan abangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saham Brahim's dinyahsenarai dari Bursa Malaysia 3 Jun 2022
Sekuriti kumpulan itu yang kini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd mungkin kekal didepositkan.

Brahim's kemuka rayuan terhadap nyahsenarai sekuriti
Pada 8 April Bursa Securities menolak permohonan lanjutan masa oleh BHB untuk menyerahkan pelan penyusunan PN17 dan mematuhi peraturan penyenaraian.

Brahim's tandatangani kontrak penyedia makanan ETS hujung bulan ini
Brahims SATS Food Services Sdn Bhd (BSFS) akan menjadi penyedia makanan buat perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tidak lama lagi, menurut Ketua Pegawai Eksekutif BSFS, Ainul Hasnizam Abu Hassan.

Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan
Perbincangan berterusan antara Brahim's Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini.

Perbincangan antara Brahim's dan Tabung Haji diteruskan
Perbincangan berterusan antara Brahim's Holdings Bhd dan Tabung Haji (TH) dijangka tidak dapat dimuktamadkan tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif Brahim's Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi.

Peranan Brahim's selamatkan MAS 11 tahun lalu
Pembekal makanan dalam penerbangan, Brahim's Holdings Bhd, memain peranan kecil namun penting, dalam usaha menyelamatkan kedudukan kewangan Malaysia Airlines 11 tahun lepas.