KUALA LUMPUR: Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS) berjaya membuktikan kecemerlangan dalam penyediaan makanan halal dalam syarikat penerbangan terbaik dunia.
Sebagai dapur halal dalam penerbangan terbesar di rantau ini, BFS telah mendapat tempat sebagai penyedia utama perkhidmatan dalam penerbangan kepada 35 syarikat penerbangan antarabangsa termasuk tujuh syarikat penerbangan terkemuka dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Brahim’s Food Services, Mohd Fadhli Abdul Rahman berkata, tujuh daripada syarikat penerbangan tersebut disediakan oleh BFS iaitu Qatar Airways, Emirates, ANA All Nippon Airways, Cathay Pacific Airways, Japan Airlines, Turkish Airlines dan EVA Air yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Dalam masa sama, BFS yang merupakan anak syarikat Brahim’s Holdings Berhad (BHB) mencatatkan keuntungan kira-kira RM12 juta untuk tahun kewangan berakhir 2023, meskipun menghadapi cabaran, termasuk kehilangan perniagaan Malaysian Airlines (MAS).
Menurut Pengerusi Eksekutif Brahim’s Holdings Berhad, Datuk Seri Ibrahim Ahmad, ini dilaporkan semasa AGM BHB pada Jumaat.
“Kejayaan kewangan ini menunjukkan ketahanan dan model perniagaan yang kukuh dalam kumpulan syarikat Brahim’s," katanya.
Menurut beliau, reputasi BFS sebagai penyedia makanan halal dalam penerbangan terbesar di rantau ini adalah wajar, dengan dapur canggihnya yang meliputi kira-kira 60,000 meter persegi.
Kemudahan besar ini, yang dikendalikan oleh lebih 550 pekerja berdedikasi, beroperasi sepanjang masa, mampu menghasilkan sehingga 60,000 hidangan setiap hari, mengikut standard halal dan juga memastikan kualiti dan keselamatan tertinggi dalam penyediaan makanan, menjadikan BFS nama yang dipercayai dalam industri ini.
Melangkah ke hadapan, BFS akan memperluaskan ufuknya, membina pelanggan baharu dan berpotensi sambil mengekalkan nilai teras integriti, inovasi dan kepuasan pelanggan.
Astro Awani
Sat Jun 29 2024
Brahim’s Food Services yang merupakan anak syarikat Brahim’s Holdings Berhad mencatat keuntungan RM12 juta untuk tahun kewangan berakhir 2023, meskipun menghadapi cabaran, termasuk kehilangan perniagaan Malaysian Airlines)- Gambar Brahim's Food
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Brahim’s Food Services peneraju utama penyedia makanan halal syarikat penerbangan terbaik dunia
Brahims Food Services Sdn Bhd (BFS) buktikan kecemerlangan dalam penyediaan makanan halal dalam syarikat penerbangan terbaik dunia.