KUALA LUMPUR: Braintree Technologies, Ultimeat dan Kapitani masing-masing akan menerima geran bernilai RM500,000 daripada Khazanah Nasional Berhad selepas diumumkan sebagai tiga pemenang utama Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023.
Mereka merupakan antara 15 finalis mewakili perniagaan berimpak di Malaysia yang bertanding bagi merebut peluang mendapatkan pelaburan ekuiti dan/atau pembiayaan hutang dalam usaha untuk menyampaikan rumusan inovatif bagi menangani cabaran perubahan iklim demi keterjaminan makanan di Malaysia.
Tiga pemenang dengan penyelesaian yang paling inovatif dan unik serta impak yang boleh diukur, beroperasi dengan model perniagaan yang mampan dan menawarkan penyelesaian yang sesuai untuk Malaysia telah dipilih oleh panel hakim KIIC 2023.
Sementara itu, 12 finalis lain masing-masing akan menerima geran bernilai antara RM400,000 hingga RM150,000.
Anugerah kepada pemenang dan finalis disampaikan oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dan Ketua Dana Impak Khazanah dan Penjagaan Kesihatan, Bryan Lim.
Amirul Feisal berkata, menerusi KIIC 2023, pihaknya berharap untuk menyalurkan sokongan dan modal yang diperlukan bagi pelaksanaan penyelesaian yang inovatif dan mampan untuk menangani isu keterjaminan makanan, pada masa sama memacu daya tahan sosio-ekonomi dan potensi pertumbuhan untuk negara.
“Dedikasi dan kebijaksanaan syarikat-syarikat pemula ini bukan sahaja akan menambahbaik landskap agrimakanan tetapi juga berpotensi menyokong keperluan pelbagai isi rumah.
"Ketika kita mendepani peningkatan kadar inflasi, ketidaktentuan global dan cabaran yang dibawa perubahan iklim, penyelesaian inovatif yang dipelopori hari ini akan menjadi sumber daya tahan bagi pengguna dan negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tiga syarikat pemula berasaskan teknologi iaitu Entomal, Hydroemission dan Kairos, masing-masing menerima RM10,000 sebagai penerima "Anugerah Pemilihan Rakan Kongsi", yang ditaja oleh MYStartup Cradle.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Braintree Technologies berkata, pihaknya merancang mempercepatkan pelan pengkomersialan robot mereka selain meningkatkan pengeluaran dengan geran RM500,000 itu kerana perubahan iklim memberi kesan kepada petani serta mereka tidak lagi dapat bergantung kepada pola kitaran tanaman biasa.
"Ketidakpastian dalam kalendar tanaman juga menyebabkan ketidakpastian terhadap tenaga kerja di ladang. Robot kami mampu menjadi pekerja yang fleksibel dan serba boleh, serta mampu melakukan pelbagai jenis tugas dan membantu petani menangani ketidakpastian ini," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ultimeat, Edwin Lee berkata, dengan geran RM500,000 itu pihaknya merancang mengukuhkan usaha penglibatan komuniti mereka bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat yang menyeluruh tentang produk mereka.
"Berikutan cabaran perubahan iklim dan implikasinya terhadap keterjaminan makanan, teknologi inovatif Ultimeat menyediakan penyelesaian yang mampan dengan menghasilkan protein dalam tempoh tujuh hari sahaja dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar," katanya.
Dalam perkembangan sama, tiga syarikat pemula berasaskan teknologi iaitu Entomal, Hydroemission dan Kairos, masing-masing menerima “Anugerah Pemilihan Rakan Kongsi” dengan geran RM10,000 yang ditaja oleh program MYStartup Cradle, sebagai motivasi untuk memajukan lagi perniagaan mereka.
Dagang News
Wed Nov 08 2023

Anugerah kepada para pemenang dan finalis disampaikan oleh Pengarah Urusan Khazanah Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir dan Ketua Dana Impak Khazanah dan Penjagaan Kesihatan Bryan Lim. - Dagang News

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Braintree Technologies, Ultimeat dan Kapitani terima geran RM500,000 selepas muncul pemenang utama KIIC 2023
Cabaran Impak Inovasi Khazanah (KIIC) 2023 mengumumkan tiga pemenang teratas KIIC 2023 terima geran sehingga RM500,000.

KIIC 2023 sasar bantu atasi cabaran keterjaminan makanan
KIIC 2023 dianjurkan di bawah inisiatif Dana Impak Khazanah, dan aplikasi dalam talian untuk menyertai cabaran itu dibuka mulai semalam hingga 4 Sept 2023.

Permohonan untuk menyertai KIIC 2023 kini dibuka
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) hari ini mengumumkan penganjuran kali kedua Cabaran Impak Inovasi Khazanah (-KIIC-) 2023 bertemakan 'Menangani Cabaran Iklim demi Keterjaminan Makanan di Malaysia'.