KUALA LUMPUR: Pelabur asing dan peruncit tempatan merupakan pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu berakhir 25 Mac, menyaksikan jumlah aliran masuk bersih sebanyak RM565.6 juta manakala aliran masuk bersih daripada pelabur asing berjumlah RM525.8 juta, kata MIDF Research.
Dalam laporan strategi ekuitinya hari ini, bank pelaburan itu berkata dana antarabangsa telah menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk tempoh 10 minggu daripada 12 minggu dengan aliran masuk bersih RM6.12 bilion setakat tahun ini.
Pelabur asing menjadikan penjual bersih dengan merekodkan sejumlah -RM8.6 juta pada Isnin apabila pasaran dibuka minggu lepas, menamatkan pembelian bersih berturut-turut selama 30 hari.
Namun begitu, ia muncul sebagai pembeli bersih semula untuk baki hari urus niaga minggu berkenaan.
Aliran masuk asing terbesar dicatatkan pada Khamis sebanyak RM176.5 juta, Selasa sebanyak RM134.3 juta dan Jumaat RM114.5 juta.
Untuk minggu lepas, institusi tempatan mengakhiri aktiviti jualan bersih selama 31 hari pada Isnin dengan belian bersih berjumlah RM58.3 juta sebelum bertukar semula menjadi penjual bersih dari Selasa hingga Jumaat.
Aliran keluar bersih terbesar dicatatkan pada hari Selasa sebanyak RM225.2 juta, Khamis merekodkan RM191.7 juta dan diikuti Rabu sebanyak RM105 juta.
"Secara keseluruhan, institusi tempatan adalah penjual bersih dengan mencatatkan sejumlah US$565.5 juta," kata MIDF Research.
Sementara itu, pergerakan peruncit dilihat bercampur-campur minggu lepas dengan jualan bersih selama tiga hari dan dua hari belian bersih, menyaksikan kedudukan belian bersih untuk minggu itu pada RM39.9 juta.
Peruncit adalah penjual bersih pada hari Isnin merekodkan sebanyak RM49.8 juta, Rabu (RM4 juta) dan Jumaat (RM12.4 juta), manakala bertukar menjadi pembeli bersih pada hari Selasa dengan RM90.94 juta dan Khamis RM15.21 juta.
Dari segi penyertaan, hanya institusi tempatan yang menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak +5.74 peratus, manakala pelabur asing dan institusi tempatan mencatatkan penurunan, masing-masing sebanyak -61.77 peratus dan -8.87 peratus.
"Pada asas tahun setakat ini, institusi tempatan adalah penjual bersih dengan merekodkan sejumlah RM6.61 bilion manakala peruncit tempatan bertindak sebagai pembeli bersih pada RM492.8 juta," kata MIDF Research.
Dari segi penyertaan, hanya institusi tempatan yang menyaksikan peningkatan purata nilai dagangan harian (ADTV) sebanyak +5.74 peratus, manakala pelabur asing dan institusi tempatan mencatatkan penurunan, masing-masing sebanyak -61.77 peratus dan -8.87 peratus.
"Pada asas tahun setakat ini, institusi tempatan adalah penjual bersih dengan merekodkan sejumlah RM6.61 bilion manakala peruncit tempatan bertindak sebagai pembeli bersih pada RM492.8 juta," kata MIDF Research.
Minggu lepas, Press Metal Aluminium Holdings Bhd mencatatkan aliran masuk wang bersih tertinggi sebanyak RM2.4 juta. Bagaimanapun, harga sahamnya adalah -1.57 peratus lebih rendah untuk minggu berkenaan berbanding bursa tempatan yang mencatatkan peningkatan mingguan +0.76 peratus.
Sementara itu, Petronas Chemicals Group Bhd menyaksikan aliran keluar wang bersih terbesar sebanyak -RM6.24 juta minggu lepas dengan harga sahamnya +2.13 peratus lebih tinggi, mengatasi prestasi FBM KLCI yang mengukuh +0.76 peratus pada minggu kajian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022

Untuk minggu lepas, institusi tempatan mengakhiri aktiviti jualan bersih selama 31 hari pada Isnin dengan belian bersih berjumlah RM58.3 juta sebelum bertukar semula menjadi penjual bersih dari Selasa hingga Jumaat. - Gambar hiasan

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.

Pasaran hilang petunjuk? Lima strategi pelabur menghadapi ketidaktentuan
Sentimen global yang lemah, dasar perdagangan proteksionis, serta ketidak tentuan ekonomi menambah tekanan kepada pasaran.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah ekoran pengumuman tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain.

Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion
Perolehan untuk tahun di bawah kajian turut meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion sebelum ini.

Untung bersih Bank Islam naik 3.3 peratus kepada RM571.1 juta bagi tahun kewangan 2024
Hasil meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM4.53 bilion sebelum itu.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.83 mata kepada 1,578.77 daripada penutupan Khamis pada 1,586.60.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata kepada 1,569.70 daripada 1,568.03 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad