KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada pagi Selasa dengan indeks utama turun susulan kekurangan pemangkin.
Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.48 mata kepada 1,534.06 daripada 1,537.54 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks utama dibuka 1.48 mata rendah pada paras 1,536.06.
Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 228 berbalas 214 manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,594 tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 315.24 juta unit bernilai RM134.58 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata keseluruhan suasana pasaran tidak begitu kukuh atau positif.
"Mood semasa dalam pasaran tidak begitu memberangsangkan atau optimistik yang boleh mempengaruhi tingkah laku dagangan dan dinamik pasaran," katanya kepada Bernama.
Thong berkata beliau melihat paras sokongan berada pada 1,530, di mana minat belian dijangka menstabilkan sebarang pergerakan menurun, ia datang bersama unjuran suasana dagangan yang terkawal dengan indeks dijangka bergerak dalam lingkungan 1,535-1,545.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM9.63, Public Bank kekal tidak berubah pada RM4.24 manakala CIMB Group dan Petronas Chemical masing-masing merosot 1.0 sen kepada RM6.49 dan RM6.77, Tenaga Nasional berkurangan 4.0 sen kepada RM11.46.
Dalam kalangan kaunter cergas, Sapura Energy, Velesto Energy dan Perdana Petroleum masing-masing 0.5 sen kepada 4.5 sen, 29.5 sen dan 31.0 sen.
Ingenieur Gudang meningkat 1.0 sen kepada 18 sen manakala TCS Group menokok 3.5 sen kepada 16.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan sebanyak 18.14 mata kepada 11,522.85, Indeks FBMT 100 turun 16.72 mata kepada 11,171.93 manakala Indeks FBM Emas Shariah menyusut sebanyak 24.44 mata kepada 11,606.79.
Indeks FBM 70 melonjak 11.23 mata kepada 16,041.10 dan Indeks FBM ACE meningkat 1.26 mata kepada 4,882.13.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.25 mata kepada 178.37, Indeks Tenaga naik 5.77 mata kepada 944.94 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 11.59 mata kepada 17,167.34 manakala Indeks Perladangan melonjak 1.24 mata kepada 7,317.68.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024

Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.48 mata kepada 1,534.06 daripada 1,537.54 ketika ditutup pada Isnin. -Gambar fail/Bernama
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.