KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia kembali diniagakan pada pagi Isnin menyaksikan dagangan bercampur-campur dengan kenaikan indeks utama dirangsang oleh prestasi positif di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.
Urus niaga di Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada 13-16 Mei sempena cuti umum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pada jam 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.84 mata kepada 1,587.36 daripada 1,582.52 ketika ditutup para urus niaga minggu sebelumnya.
Indeks utama 5.03 mata lebih lemah pada 1,577.49.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 380 berbalas 172 sementara 304 kaunter tidak berubah, 1,329 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.
Jumlah dagangan 545.76 juta bernilai RM229.85 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran dijangka kekal lemah terutama dalam persekitaran perintah kawalan pergerakan ketiga (PKP 3.0) ini, walaupun Wall Street mempamerkan prestasi positit diikuti dengan ketegangan geopolitik di timur tengah, yang telah mendorong harga minyak Brent sedikit lebih tinggi pada Jumaat minggu lepas.
Sementara itu, niaga hadapan minyak sawit mentah melonjak melebihi RM4,500 satu tan minggu sebelumnya.
Malacca Securities menambah pelabur berkemungkinan menumpukan perhatian kepada saham penjagaan kesihatan ekoran peningkatan kes di beberapa negara seperti Taiwan dan Singapura.
"Juga, peniaga cenderung untuk meninjau sektor yang pasti mencatatkan perolehan tinggi menjelang musim pelaporan prestasi kewangan bulan Mei, termasuk syarikat berkaitan pembungkusan dan plastik di tengah-tengah permintaan yang menggalakkan dalam situasi PKP ini.
"Selain itu, kenaikan komoditi dapat memberi harapan kepada sektor seperti perladangan, tenaga dan saham berkaitan logam," katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik lapan sen kepada RM8.29, Public Bank meningkat enam sen kepada RM4.20, Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM8.15, TNB lebih tinggi tujuh sen kepada RM9.94, Maxis tidak berubah pada RM4.53, IHH Healthcare turun sembilan sen kepada RM5.36, Top Glove susut lapan sen kepada RM5.27 dan Press Metal jatuh enam sen kepada RM5.34.
Bagi kaunter aktif, Kanger, KTG dan Minda Global masing-masing naik setengah sen kepada lapan sen, 21 sen dan 15 sen, Lambo tidak berubah pada 1.5 sen, Focus Dynamics dan Tanco Holdings turun setengah sen, masing-masing kepada 5.5 sen dan 14 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas pulih 14.17 mata kepada 11,577.21, dan Indeks FBMT 100 meningkat 20.01 mata kepada 11,253.98.
Bagaimanapun, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 2.53 mata kepada 12,927.87, FBM ACE susut 48.53 mata kepada 7,897.63 dan FBM 70 merosot 29.15 mata kepada 14,946.69.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 32.89 mata kepada 7,040.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.95 mata kepada 196.29 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 92.63 mata kepada 14,943.17.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 17 2021

Pada jam 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.84 mata kepada 1,587.36 daripada 1,582.52 ketika ditutup para urus niaga minggu sebelumnya. -Gambar fail

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.