KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniaga bercampur-campur pada sesi awal dagangan Isnin, sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lengang pada Jumaat minggu lepas di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur pasaran serantau.
Pada 9.10 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.81 mata kepada 1,448.42 dari penutupan Jumaat pada 1,450.23. Indeks utama dibuka pada paras 1,449.83, turun 0.40 mata.
Pergerakan harga menyaksikan saham untung mengatasi saham rugi 179 berbalas 160, manakala 293 saham tidak mengalami perubahan, 1,767 tidak diniagakan, dan 49 digantung.
Jumlah dagangan 228.28 juta unit bernilai RM97.95 juta.
Wall Street meneruskan aliran menurun Jumaat lepas apabila pelabur masih mengambil sikap berhati-hati dengan hala tuju kenaikan kadar faedah.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota hari ini percaya tekanan jualan dijangka menular ke saham-saham di pasaran tempatan.
"Namun demikian, kami berpendapat bahawa risiko penurunan sepatutnya terhad kerana pelabur mungkin akan memberi tumpuan kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP), serta Belanjawan 2024 dalam bulan yang akan datang," katanya.
Sementara itu, minyak mentah Brent terus susut dari paras tinggi baru-baru ini dan diniagakan di bawah US$93 setiap tong, manakala harga minyak kelapa sawit mentah mengukuhkan trend penurunannya di bawah RM3,700 setiap tan.
Firma pembrokeran itu turut menjangkakan aktiviti perdagangan akan berkisar di sekitar sektor harta tanah dan pembinaan menjelang Belanjawan 2024, dengan peniaga akan bersiap sedia untuk projek-projek infrastruktur mega yang akan diumumkan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM8.88, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.21, sementara CIMB kehilangan dua sen untuk mencatatkan RM5.57 dan kedua-dua Petronas dan Tenaga Nasional merosot empat sen masing-masing kepada RM7.31 dan RM10.12.
Barakah Offshore merosot setengah sen kepada 5.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 11.29 mata kepada 10,735.61, Indeks FBMT 100 lemah 13.21 mata menjadi 10,394.98, Indeks FBM Emas Syariah merosot sebanyak 16.96 mata kepada 10,990.87, Indeks FBM 70 menyusut 19.34 mata kepada 14,297.74 dan Indeks FBM ACE lemah 5.68 mata kepada 5,203.38.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 3.80 mata kepada 16,216.83, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri berkurangan 0.58 mata kepada 174.25, Indeks Tenaga susut 2.52 mata kepada 904.40 manakala Indeks Perladangan meningkat 3.28 mata kepada 6,930.50.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Pada 9.10 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.81 mata kepada 1,448.42 dari penutupan Jumaat pada 1,450.23. Indeks utama dibuka pada paras 1,449.83, turun 0.40 mata. -Gambar fail/Bernama
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.