KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dalam wilayah negatif susulan aktiviti penjualan ketara di pasaran serantau ketika pelabur terus berhati-hati berikutan pendirian yang menyokong kenaikan kadar faedah global, kata penganalisis.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot sebanyak 1.08 peratus atau 16.04 mata kepada 1,467.13 daripada 1,483.17.
Indeks petunjuk utama itu yang dibuka susut 1.39 mata kepada 1,481.78, juga bergerak dalam aliran rendah sekitar 1,466.25 hingga 1,482.11 sepanjang hari ini.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 584 berbanding 307 manakala 402 kaunter tidak berubah, 980 tidak diniagakan dan 41 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 2.54 bilion unit bernilai RM1.91 bilion daripada 2.51 bilion unit bernilai RM1.90 bilion, semalam.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa indeks utama serantau ditutup kebanyakannya rendah di tengah-tengah kebimbangan mengenai inflasi dan prospek kenaikan kadar faedah yang agresif.
Malah, ini diburukkan lagi dengan lonjakan kes COVID-19 di China yang mempengaruhi sentimen pasaran.
Bagaimanapun di peringkat tempatan, dijangkakan aktiviti penjualan saham berkemungkinan menggalakkan kegiatan memburu saham-saham berharga rendah.
"Kami menjangkakan FBM KLCI lebih mendatar menjelang hujung minggu ini dalam jajaran 1,465 hingga 1,485," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank rugi tujuh sen kepada RM8.70, Public Bank susut enam sen kepada RM4.38, Petronas Chemicals berkurangan empat sen kepada RM8.46, CIMB merosot lapan sen kepada RM5.75 dan TNB menguncup 13 sen kepada RM9.21.
Bagi saham aktif, Advance Synergy meraih 1.5 sen kepada 19 sen, PT Resources dan Nylex masing-masing menokok 6.5 sen kepada 57.5 sen dan 28 sen manakala Top Glove turun lima sen kepada 73.5 sen dan Pesona Metro rugi dua sen kepada 20 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas merosot 101.81 mata kepada 10,550.90, Indeks FBMT 100 berkurangan 105.71 mata kepada 10,250.91 manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 113.13 mata kepada 10,669.78.
Indeks FBM 70 menguncup 107.86 mata kepada 12,922.67 manakala Indeks FBM ACE susut 39.40 mata kepada 5,471.59.
Bagi sektor pula, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 134.07 mata kepada 16,535.50, Indeks Perladangan turun 36.48 mata kepada 6,704.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.36 mata kepada 181.02 dan Indeks Tenaga kehilangan 0.76 mata kepada 794.60.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat sedikit kepada 1.57 bilion saham bernilai RM1.55 bilion daripada 1.52 bilion saham bernilai RM1.55 bilion, semalam.
Waran pula meningkat kepada 283.83 juta unit bernilai RM59.64 juta daripada 268.73 juta unit bernilai RM65.20 juta, sebelum ini.
Pasaran ACE menyaksikan jumlah dagangannya merosot kepada 676.83 juta saham bernilai RM299.49 juta daripada 723.65 juta saham bernilai RM284.05 juta, sebelum ini.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 431.06 juta saham diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (413.53 juta); pembinaan (70.76 juta); teknologi (185.47 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (67.16 juta); hartanah (80.62 juta); perladangan (28.53 juta); REIT (5.22 juta), dana tertutup (15,300); tenaga (98.93 juta); penjagaan kesihatan (85.88 juta); telekomunikasi dan media (56.19 juta); pengangkutan dan logistik (38.69 juta) serta utiliti (10.83 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022

Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot sebanyak 1.08 peratus atau 16.04 mata kepada 1,467.13 daripada 1,483.17. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.