Pada 5 petang, indeks penanda aras itu meningkat 11.18 mata kepada 1,566.72 daripada 1,555.54 ketika ditutup pada Khamis.
FBM KLCI yang dibuka 2.11 mata lebih rendah pada 1,553.43, bergerak antara 1,545.67 dan 1,569.43 sepanjang hari.
Lingkungan pasaran adalah positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 543 berbanding 434, manakala 511 kaunter tidak berubah, 889 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 3.10 bilion unit bernilai RM3.06 bilion daripada 3.57 bilion unit bernilai RM3.15 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pemulihan FBM KLCI didorong oleh aktiviti pembelian pada harga rendah saham utiliti, tenaga dan pengguna.
"Bursa kembali meningkat sedikit selepas jualan besar-besaran, dan menganggap FBM KLCI harus kekal pada paras melebihi 1,600 bagi meraih semula momentumnya," katanya kepada Bernama.
Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura naik 0.13 peratus kepada 3,806.14, Indeks Komposit Shanghai China menokok sedikit 0.18 peratus kepada 3,241.82, dan Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.31 peratus kepada 19,584.06, manakala Nikkei Jepun 225 susut 0.31 peratus kepada 38,451.46 dan Kospi Korea Selatan turun 0.16 peratus kepada 2,523.55.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata pemulihan pasaran tempatan diperkukuhkan lagi dengan data ekonomi China yang memberangsangkan dan kenyataan yang lebih jelas oleh Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Secretary Scott Bessent kepada Jawatankuasa Kewangan Senat semalam.
"Pasaran tempatan menyaksikan aktiviti buruan saham pada harga rendah selepas tempoh jualan saham sehingga paras terlebih jual, mencerminkan keyakinan pelabur yang kembali pulih," katanya kepada Bernama.
Mohd Sedek berkata para pelabur pasaran secara umumnya telah mengambil kira sepenuhnya kesan daripada syarat pentadbiran eksport Amerika Syarikat yang baharu, yang bertujuan untuk memperketatkan kawalan terhadap eksport cip pengkomputeran canggih.
"Penilaian kami menunjukkan bahawa perkembangan ini tidak mungkin akan mengganggu jadual atau kemajuan projek pusat data yang sedang berjalan, sekali gus meredakan kebimbangan mengenai gangguan rantaian bekalan," katanya.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.14 manakala CIMB turun satu sen kepada RM7.98. Public Bank menokok lima sen kepada RM4.44, Tenaga Nasional melonjak 48 sen kepada RM13.60 dan IHH Healthcare menokok empat sen kepada RM7.15.
Dalam kalangan saham cergas, Gamuda susut dua sen kepada RM4.24, CBH Engineering turun satu sen kepada 32.5 sen dan SNS Network merosot tiga sen kepada 51.5 sen, manakala Velocity Capital dan TWL Holdings masing-masing tidak berubah pada lapan sen dan 2.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 83.78 mata kepada 12,008.83, Indeks FBM Emas Shariah naik 102.96 mata kepada 11,865.66 dan Indeks FBMT 100 menokok 81.08 mata kepada 11.695.97.
Indeks FBM 70 naik 115.36 mata kepada 17,945.88 dan Indeks FBM ACE meningkat 17.32 mata kepada 5,176.26.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 9.07 mata kepada 840.55, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 73.53 mata kepada 18,808.87, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.30 mata kepada 166.65, dan Indeks Perladangan naik 0.06 mata kepada 7,336.44.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 1.73 bilion unit bernilai RM2.83 bilion berbanding 1.64 bilion unit bernilai RM2.74 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 924.72 juta unit bernilai RM80.98 juta berbanding 1.07 bilion unit bernilai RM93.08 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menyusut kepada 443.98 juta unit bernilai RM147.44 juta daripada 860.68 juta unit bernilai RM317.65 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 243.06 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (284.40 juta), pembinaan (196.36 juta), teknologi (245.04 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (77.25 juta), hartanah (280.88 juta), perladangan (30.46 juta), REIT (11.46 juta), dana tertutup (18,900), tenaga (193.53 juta), penjagaan kesihatan (41.65 juta), telekomunikasi dan media (29.83 juta), pengangkutan dan logistik (20.75 juta), utiliti (84.30 juta), dan amanah perniagaan (1,400).
-- BERNAMA