KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan trajektori meningkatnya hari ini untuk ditutup pada paras tertingginya dalam tempoh hampir setahun berikutan aktiviti belian kukuh dalam saham wajaran tinggi diterajui YTL Corporation dan YTL Power International, kata seorang penganalisis.
Indeks utama serantau juga ditutup tinggi disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah susulan jualan baru-baru ini dengan tumpuan kepada saham kewangan.
Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 0.70 peratus atau 10.35 mata untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya pada 1,487.61 daripada paras penutup 1,477.26 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.37 mata kepada 1,476.89 dan mencecah paras terendah pada 1,476.85 dalam sesi dagangan awal pagi sebelum melonjak semula sepanjang sesi dagangan seterusnya hari ini.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 745 berbanding 351, manakala 417 kaunter tidak berubah, 707 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.
Jumlah dagangan hari ini mencecah satu lagi paras tertinggi baharunya dalam tempoh setahun kepada 6.62 bilion unit bernilai RM3.72 bilion berbanding 6.37 bilion unit bernilai RM3.82 bilion pada Khamis.
Sementara itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng memberi tahu Bernama pada masa yang sama petunjuk kukuh daripada data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan semalam turut mempengaruhi landskap jangkaan penurunan kadar faedah.
Para pelabur mengunjurkan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menurunkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini seperti yang dibayangkan oleh bank pusat itu.
"Di bursa tempatan, keyakinan masih berterusan mendapat rangsangan daripada petunjuk pasaran yang positif dan kami berharap indeks petunjuk pasaran itu kekal di atas paras 1,465 bagi tempoh yang lebih lama, setelah bergelut untuk mengekalkannya beberapa kali tahun lepas," kata Thong.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, YTL Corporation meningkat 17 sen kepada RM2.22, YTL Power International naik 22 sen kepada RM3.22, Celcomdigi dan Axiata kedua-duanya menokok 7.0 sen masing-masing kepada RM4.21 dan RM2.56, Public Bank menambah 4.0 sen kepada RM4.33, manakala CIMB dan MRDIY naik 5.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM6.00 dan RM1.49.
Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng Consolidated dan Minetech naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 3.0 sen dan 21.5 sen, Sapura Energy jatuh setengah sen kepada 5.0 sen, Luster meningkat 2.0 sen kepada 8.5 sen dan Sarawak Cable menokok 4.0 sen kepada 42.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 50.38 mata kepada 5,438.27, Indeks FBM Emas naik 93.08 mata kepada 11,097.22 dan Indeks FBMT 100 menokok 89.20 mata kepada 10,744.37.
Indeks FBM 70 melonjak 183.96 mata kepada 15,059.87 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 64.44 mata kepada 11,232.14.
Mengikut sektor, Indeks Hartanah meningkat 10.39 mata kepada 925.76, Indeks Tenaga naik 5.33 mata kepada 839.82 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.11 mata kepada 176.99.
Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 117.13 mata kepada 16,582.33 manakala Indeks Perladangan susut 6.65 mata kepada 7,030.92.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 4.52 bilion unit bernilai RM3.30 bilion daripada 4.44 bilion unit bernilai RM3.43 billon pada Khamis.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 714.25 juta unit bernilai RM88.62 juta daripada 770.91 juta unit bernilai RM92.22 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.36 bilion saham bernilai RM341.15 juta daripada 1.12 bilion saham bernilai RM297.69 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 483.33 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.46 bilion); pembinaan (267.15 juta); teknologi (683.34 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (83.64 juta); hartanah (407.28 juta); perladangan (19.85 juta); REITs (11.84 juta), dana tertutup (6,900); tenaga (418.48 juta); penjagaan kesihatan (281.24 juta); telekomunikasi dan media (59.44 juta); pengangkutan dan logistik (129.68 juta); dan utiliti (206.74 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2024

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 745 berbanding 351, manakala 417 kaunter tidak berubah, 707 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. - Gambar fail/Bernama

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan zakat harta dan fitrah sebanyak RM208 juta sepanjang Ramadan ini.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.