KUALA LUMPUR: Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan berikutan pengambilan untung dalam pasaran tertentu.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.24 mata kepada 1,602.91 berbanding 1,600.67 ketika ditutup pada Jumaat.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.63 mata lebih tinggi pada 1,602.30, bergerak antara 1,600.43 dan 1,604.80 pada sepanjang sesi dagangan itu.
Pada keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 642 kepada 494, manakala 505 tidak berubah, 709 tidak diniagakan dan 27 digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 4.52 bilion unit bernilai RM3.01 bilion berbanding 4.62 bilion unit bernilai RM3.67 bilion pada Jumaat.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI mengekalkan prestasi aliran menaiknya susulan pembelian dalam produk dan perkhidmatan pengguna, saham perladangan dan perbankan.
"Kami kekal positif terhadap ekuiti tempatan, disokong oleh asas kukuh, penilaian menarik, potensi semakin meningkat dan aliran masuk dana asing.
"Sehubungan itu, kami menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,600-1,620 minggu ini dengan paras sokongan serta-merta pada 1,600 diikuti 1,585 dan paras rintangan pada 1,615," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata kebanyakan saham China menghadapi tekanan menurun dalam persekitaran jangkaan bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengumumkan rancangan minggu ini untuk meningkatkan tarif ke atas kenderaan elektrik, semikonduktor, peralatan solar dan bekalan perubatan diimport dari China.
"Melihat dari sudut positif, laporan itu menunjukkan bahawa pihak berkuasa di Beijing sedang membuat persediaan untuk terbitan satu trilion yuan (RM653.7 bilion) dalam bon matang lebih lama untuk menyokong langkah rangsangan domestik.
"Ia akan mengakibatkan saham Hong Kong ditutup dengan keuntungan selanjutnya apabila peniaga mengalu-alukan berita tersebut," katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan berkata arah pasaran pada minggu akan dipengaruhi oleh peristiwa penting seperti laporan Indeks Harga Pengeluar (IHP) April AS dijadualkan akan dikeluarkan pada Selasa diikuti oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) pada hari Rabu.
Selain itu, perhatian akan diberikan pada pengumuman angka ekonomi Bank Negara Malaysia bagi suku pertama 2024 pada Jumaat ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi Genting naik 21 sen kepada RM4.76 ketika ditutup selepas Genting Singapore Plc melaporkan pendapatan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun pada suku pertama 2024.
Sementara itu saham Genting Malaysia menokok sembilan sen kepada RM2.72.
Axiata and CIMB masing-masing pada tiga sen kepada RM2.83 and RM6.80, msnsksls Public Bank, Hong Leong Bank dan Maybank tidak berubah masing-masing pada RM4.18, RM19.60 dan RM9.87.
Bagi saham aktif, MMAG meningkat 17.5 sen kepada 37.5 sen, MY E.G. menambah satu sen kepada 99.5 sen, TWL tidak berubah pada 2.5 sen, Top Glove naik 1.5 sen kepada 96.5 sen dan Eversendai naik 10 sen kepada 71.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 31.62 mata kepada 12,118.30, Indeks FBMT 100 melonjak 26.80 mata kepada 11,723.97 dan Indeks FBM Emas Syariah pada 24.41 mata kepada 12,308.96.
Indeks FBM 70 melonjak 81.63 mata kepada 17,042.00 tetapi Indeks FBM ACE meningkat 100.74 mata kepada 5,267.49.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 32.87 mata kepada 17,555.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.39 mata kepada 192.66, Indeks Perladangan turun 0.26 mata kepada 7,424.17, dan Indeks Tenaga merosot 7.31 mata kepada 977.85.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.53 bilion unit bernilai RM2.55 bilion daripada 2.77 bilion unit bernilai RM2.83 bilion pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.11 bilion unit bernilai RM155.54 juta berbanding 1.02 bilion unit bernilai RM145.01 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE pula naik kepada 884.03 juta saham bernilai RM208.12 juta berbanding 820.27 juta saham bernilai RM289.65 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 433.50 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (400.66 bilion), pembinaan (277.77 juta), teknologi (412.16 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.45 juta), hartanah (422.98 juta), perladangan (28.15 juta), REIT (12.71), dana tertutup (115,700), tenaga (181.75 juta), penjagaan kesihatan (152.22 juta), telekomunikasi dan media (38.68 juta), pengangkutan dan logistik (45.02 juta), utiliti (47.63 juta), dan amanah perniagaan (362,800 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.24 mata kepada 1,602.91 berbanding 1,600.67 ketika ditutup pada Jumaat. - Gambar hiasan

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pelaporan korporat yang berkualiti dorong keyakinan pelabur - Abdul Wahid
Pelaporan korporat yang berkualiti memberi impak ketara terhadap keyakinan pelabur, memudah cara pertumbuhan perniagaan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi secara keseluruhannya.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.