Bursa Malaysia Bhd melantik Kuok Wee Kiat sebagai pengarah baharu bagi Lembaga Pengarah anak syarikatnya, Bursa Malaysia Securities Bhd dan firma penjelasan, Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd.
Pelantikan berkenaan berkuat kuasa semalam.
Kuok mempunyai pengalaman selama lebih 22 tahun dalam industri sekuriti.
Beliau kini pengarah Inter-Pacific Securities Sdn Bhd dan anggota Jawatankuasa Rayuan Bursa Malaysia.
Selain itu, beliau merupakan pengarah di Berjaya Capital Bhd dan beberapa syarikat di bawah Inter-Pacific Group, dan Presiden Persatuan Syarikat Broker Saham Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2000.
Setakat 22 Feb, 2016, Lembaga Pengarah anak-anak syarikat ini terdiridaripada tiga pengarah Bursa Malaysia dan satu pengarah bebas.
Mereka terdiri daripada Pengarah Bukan Eksekutif dan Pengarah Kepentingan Awam Director Datuk Dr. Md Tap Salleh; Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Datuk Saiful Bahri Zainuddin; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Datuk Seri Tajuddin Atan; serta Pengarah Bebas Kuok Wee Kiat.
Bernama
Tue Feb 23 2016

Setakat 22 Feb, 2016, Lembaga Pengarah anak-anak syarikat ini terdiri daripada tiga pengarah Bursa Malaysia dan satu pengarah bebas. - Gambar fail
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Jet Pejuang Filipina Hilang Semasa Operasi ‘Taktikal’
Sebuah jet pejuang FA-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) bersama dua anak kapalnya dilaporkan hilang semasa operasi semalaman selepas berlepas dari sebuah pangkalan berhampiran bandar Cebu, menurut pegawai tentera udara pada Selasa
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.
Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
Dewan perniagaan Phuket menggalakkan sektor swasta menetapkan strategi baharu bagi pembangunan ekonomi dalam menghadapi peningkatan persaingan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

Bursa Malaysia lantik Kuok Wee Kiat sebagai pengarah
Bursa Malaysia Bhd melantik Kuok Wee Kiat sebagai pengarah baharu bagi Lembaga Pengarah anak syarikatnya, Bursa Malaysia Securities Bhd dan Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd.