KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan awal Rabu dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya susulan kekurangan pemangkin baharu yang dapat merangsang pasaran.
Pada 9.30 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.88 mata kepada 1,445.65 daripada 1,451.53 pada akhir dagangan semalam, selepas dibuka menokok 0.1 mata pada 1,451.63.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 251 berbanding 186 manakala 336 kaunter tidak berubah, 1,579 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 469.61 juta unit bernilai RM183.83 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun dagangan pasaran saham tempatan ditutup lebih tinggi semalam, kenaikan itu sebaliknya dijangkakan terhad pada hari ini berikutan sentimen pasaran bertukar negatif dengan hanya sekumpulan sektor meningkat.
"Kami juga percaya Wall Street berkemungkinan ke arah berhati-hati menjelang keputusan Nvidia. Selain itu, prestasi membabitkan hasil Perbendaharaan AS yang semakin meningkat serta ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell pada acara Jackson Hole juga menjadi tumpuan bagi mendapatkan hala tuju seterusnya.
"Oleh itu, sentimen dagangan yang lebih rendah dijangkakan berlaku hari ini yang akan menjejaskan prestasi saham-saham berharga serta bermodal rendah," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Firma pembrokeran itu menjangkakan segmen bahan binaan akan mengekalkan momentum kenaikan, didorong oleh keyakinan bagi sektor pembinaan dan hartanah berikutan potensi cadangan baharu membabitkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Genting Malaysia dan AMMB Holdings masing-masing meningkat satu sen kepada RM2.59 dan RM3.74.
Maybank dan CIMB tidak berubah pada RM9.01 dan RM5.58, Public Bank turun satu sen kepada RM4.12 manakala TNB susut empat sen kepada RM10.02.
Bagi saham aktif, Perdana Petroleum dan Icon Offshore meningkat satu sen kepada 19.5 sen dan 9.5 sen manakala Ramssol menokok 3.5 sen kepada 44 sen.
KNM tidak berubah pada sembilan sen dan Bumi Armada susut setengah sen kepada 50 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 33.17 mata kepada 10,664.81; Indeks FBMT 100 susut 34.95 mata kepada 10,348.91 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 51.05 mata kepada 10,882.12.
Selain itu, Indeks FBM 70 turun 17.52 mata kepada 14,120.46 manakala Indeks FBM ACE naik 4.09 mata kepada 5,289.65.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 2.15 mata kepada 813.42, Indeks Produk Perkhidmatan Perindustrian turun 1.42 mata kepada 168.69 dan Indeks Perladangan merosot 83.68 mata kepada 6,946.92.
Indeks Perkhidmatan Kewangan pula berkurangan 19.0 mata kepada 16,249.23.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023

Pada 9.30 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.88 mata kepada 1,445.65 daripada 1,451.53 pada akhir dagangan semalam. -Gambar fail/Bernama
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.