Bursa Malaysia Securities Bhd telah memberi amaran kepada APFT Bhd dan enam daripada bekas pengarahnya selepas ia melanggar keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.
Bursa Malaysia dalam satu kenyataan pada Selasa mengumumkan bahawa ia telah mengenakan denda berjumlah RM475,000 ke atas enam bekas pengarah terbabit iaitu Datuk Faruk Othman (RM200,000), Arif Faruk (RM50,000), Tan Nyap Keong (RM50,000), Edwin Silvester Das (RM50,000), Chow Hung Keey (RM50, 000) dan Datin Seri Anizah Musa (RM50,000).
APFT telah diberi amaran selepas ia melanggar syarat laporan suku tahun dan pengumuman pertamanya.
"Pelanggaran syarat laporan suku pertama melibatkan perenggan 9.16 (1) (a) keperluan penyenaraian utama yang terkait dengan laporan suku tahunan APFT bagi tempoh kewangan berakhir 30 April, 2017, yang diumumkan pada 16 Jun, 2017, yang mana ia adalah tidak tepat untuk mengiktiraf RM2.15 juta sebagai pendapatan lain yang timbul daripada penghapusan semula peruntukan perbelanjaan daripada tahun lepas (pendapatan lain)," katanya.
Bursa Malaysia menambah pelanggaran pengumuman pertama APFT berlaku ke atas perenggan 8.04 (3) (b) keperluan penyenaraian utama, dibaca bersama dengan perenggan 4.1(a) Nota Amalan 17 (PN17), kerana gagal untuk pengumuman pertama menurut PN17 secara serta-merta selepas pengumuman laporan suku tahunan APFT bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept 2017 pada 30 Nov 2017.
Pengarah-pengarah berkenaan gagal untuk menjalankan siasatan yang munasabah, termasuk mendapatkan penjelasan mengenai pernyataan pada perenggan 2.1(e) PN17 dengan pihak lain dan/atau Bursa Malaysia bagi memastikan pematuhan APFT dengan keperluan penyenaraian utama dan membuat pengumuman pertama dengan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 01 2020

Bursa Malaysia beri amaran kepada APFT selepas ia melanggar syarat laporan suku tahunan dan pengumuman pertamanya. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pesawat Jeju Air terima amaran aktiviti burung 1 minit sebelum kotak hitam berhenti
Kerajaan merancang untuk mengeluarkan laporan awal pada Isnin, yang akan dihantar kepada ICAO, Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.

Jabatan Perikanan Selangor keluar notis amaran pengambilan anak kerang
Jabatan Perikanan Selangor bertindak menampal notis amaran berhubung aktiviti mengambil anak kerang melibatkan 22 lokasi di daerah ini dan Kuala Selangor.

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

Pejabat Migrasi Jerman juga beri amaran tentang suspek Magdeburg
Amaran itu diterima melalui saluran media sosial pada penghujung musim panas 2023.

Salji luar biasa selubungi Seoul
Agensi cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran salji tebal di ibu negara yang meliputi Wilayah Gyeonggi dan hampir semua bahagian negara.

Indonesia tingkatkan tahap amaran susulan letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Status aktiviti gunung berapi Gunung Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur, Nusa Tenggara Timur telah dinaikkan daripada tahap III ke IV.

Amaran ribut petir di negeri utara, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi tiga negeri di utara Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak sehingga 1 tengah hari ini.

Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
Oscar dinamakan sebagai ribut tropika pada awal pagi Sabtu dan menjelang tengah hari bertukar kepada taufan.

Ahli seismologi beri amaran kemungkinan letusan gunung berapi di Filipina
Gunung Kanlaon mengeluarkan kira-kira 10,449 tan sulfur dioksida dan merekodkan 55 gempa bumi gunung berapi dalam tempoh 24 jam lalu.

LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.