PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menarik balik penggantungan operasi pesawat Boeing 737 MAX di Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Chester Voo hari ini.
Beliau berkata CAAM telah meluluskan operasi Boeing 737-8 dan Boeing 737-9 atau secara komersial dikenali sebagai Boeing 737 MAX di Malaysia berikutan penggantungannya pada Mac 2019 dan kelulusannya selaras dengan Arahan Keselamatan CAAM 01/2021 - Operasi Boeing 737-8/-9 (MAX) bertarikh 2 Sept 2021.
"Arahan Keselamatan 01/2021 membatalkan Arahan Keselamatan sebelum ini yang dikeluarkan pada 13 Mac 2019 melarang operasi B737 MAX 8 di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
CAAM pada Mac 2019 mengumumkan menggantung operasi Boeing 737 MAX keluar atau masuk dan juga transit ke Malaysia sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
Malaysia menyertai negara seperti Singapura, China, Indonesia dan Australia menggantung operasi Boeing 737 MAX susulan tragedi yang menimpa pesawat Ethiopian Airlines 737 MAX yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi, mengorbankan kesemua 157 penumpang dan kru pada 10 Mac 2019.
Voo berkata arahan baharu itu turut terpakai kepada operator udara Malaysia dan asing yang berhasrat melakukan penerbangan komersial dengan pesawat Boeing 737 MAX di dalam atau luar ruang udara Malaysia.
"Semua operator harus mematuhi syarat yang dinyatakan dalamArahan Keselamatan CAAM 01/2021 sebelum penerbangan komersial pertama dilakukan oleh pesawat Boeing 737 MAX ke dalam atau luar ruang udara Malaysia," katanya.
Voo berkata CAAM memantau dengan teliti proses kelulusan dan kerja-kerja menyeluruh yang dijalankan semua pihak terlibat terutamanya oleh syarikat Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA).
"CAAM mengiktiraf FAA sebagai State of Design yang memperakui ciri-ciri reka bentuknya dan menerima syarat-syarat kembali berkhidmat yang ditetapkan oleh FAA untuk pesawat Boeing 737 MAX," katanya.
Voo memberi jaminan semua pesawat yang beroperasi di Malaysia mematuhi semua keperluan pengawalseliaan, teknikal dan ujian.
"CAAM aan terus memantau keadaan dan memastikan pematuhan ketat terhadap peraturan dan arahan. Sebarang pelanggaran akan ditangani dengan serius," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021
CAAM pada Mac 2019 mengumumkan menggantung operasi Boeing 737 MAX keluar atau masuk dan juga transit ke Malaysia sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. - Gambar fail/REUTERS
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.
CAAM sasar peraturan baharu pesawat pendaftaran asing sebelum suku pertama 2025
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka menerbitkan peraturan baharu berkaitan operasi pesawat yang didaftarkan di luar negara dalam penerbangan am menjelang suku pertama tahun ini.
MAG kurangkan kapasiti, komited pastikan kestabilan operasi
Langkah pengurangan kapasiti terpaksa diambil ekoran kekurangan bekalan global untuk alat-alat ganti pesawat.
CAAM kaji semula peraturan pesawat berpendaftaran asing
Kapten Norazman berkata semakan itu adalah selaras dengan saranan keselamatan yang disediakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara.
Pesawat latihan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
Sebuah pesawat latihan jenis Piper PA28-181 9M-SKF dilaporkan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka hari ini.
Persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024, ruang udara Putrajaya ditutup 60 minit
Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit setiap hari mulai 26-29 Ogos dan 31 Ogos bagi memberi laluan kepada persiapan serta sambutan Hari Kebangsaan 2024.
Pameran Penerbangan Selangor 2024 tarik 110 pempamer
Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2024 edisi keempat akan diadakan dari 12 hingga 14 September ini di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Subang.
RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (Pindaan) 2024 dibentang bacaan kali pertama
Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) (Pindaan) 2024 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari.
MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubar dan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
CAAM lanjut tempoh penggantungan sijil pengendali udara SAS sehingga 31 Julai
Penggantungan sementara itu dilakukan mengikut peraturan 193(3), Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.