Kerajaan digesa memberi insentif kepada pemaju hartanah untuk membawa masuk teknologi terkini pembinaan rumah untuk mengurangkan kos dan harga rumah.
Menurut Pengarah Urusan Khazanah Research Institute (KRI) Datuk Charon Mokhzani, ini kerana kos adaptasi teknologi itu yang membolehkan pembinaan perumahan lebih pantas dan murah, adalah sangat tinggi.
Tambahnya, tanpa insentif pemaju hartanah akan menyalurkan kos kepada harga akhir rumah.
"Kos teknologi ini adalah amat tinggi. Jadi mereka yang pertama lakukannya terpaksa menanggung kos tinggi. Cadangan kami adalah supaya kerajaan beri insentif kepada mereka yang sedia menggunakan teknologi ini agar lama-kelamaan, kos tersebut akan berkurangan," katanya ketika hadir di forum bertajuk 'Does Greater Prosperoty Come with Less Housing Affordability?' di sini,hari ini.
KRI memberi contoh di Filipina di mana sebuah syarikat pemaju hartanah berjaya membina rumah teres menggunakan teknologi sistem pembinaan industri (IBS) dan dijual pada harga RM60 ribu setiap satu.
Charon mencadangkan bekalan rumah mampu milik ditingkatkan supaya dapat diseimbangkan dengan permintaan.
Setakat ini, KRI menyatakan harga rumah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebagai sangat tidak mampu dimiliki.
"Bilangan penduduk sedang bertambah dan kemajuan sedang meningkat. Jadi terdapat permintaan lebih tinggi untuk perumahan. Kalau tak selesaikan masalah ini sekarang, akan terjadi masalah lebih besar nanti," kata Charon.
Selain cadangan meningkatakan bekalan perumahan, beliau berkata kerjasama rapat pemaju hartanah sehingga kepada pembekal bahan mentah harus ditingkatkan bagi mengoptimumkan kos dan meningkatkan produktiviti.
Malik Ridhwan
Wed Sep 23 2015

KRI menyatakan harga rumah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebagai sangat tidak mampu dimiliki. - Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Khazanah Nasional turut terima kesan akibat pengukuhan dolar AS berbanding ringgit
Prestasi pelaburan pengurus dana kekayaan kerajaan itu cenderung kepada kesan penilaian di seluruh dunia dan bagaimana impak kekuatan dolar AS kepada mata wang di seluruh dunia.

MIDF, Al Rajhi dapat kelulusan BNM bincang penggabungan
BNM tiada bantahan bagi MIDF dan pemegang saham tunggalnya, PNB, memulakan rundingan dengan Al Rajhi Banking Investment Corporation, Kerajaan Arab Saudi berhubung penggabungan itu.

Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI
Pendapatan median dan purata isi rumah di Malaysia bertambah baik dari tempoh 2012 hingga 2014 dengan pertambahan purata RM1,141.

Cadangan insentif bagi teknologi baru, harga rumah turun
Kerajaan digesa memberi insentif kepada pemaju hartanah untuk membawa masuk teknologi terkini pembinaan rumah untuk mengurangkan kos dan harga rumah.

Perumahan Malaysia sangat tidak mampu milik
Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia tidak mampu dimiliki rakyat.