Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyertai Ekspo ASEAN China (CAEXPO) 2019 perlu memberi tambah nilai kebergantungan serta kebolehpercayaan yang tinggi terhadap produk mereka kepada pembeli.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking, perkara itu menjadi pesanan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada beliau untuk disampaikan kepada syarikat PKS yang menyertai ekspo tersebut.
"Kepercayaan itu sangat penting untuk meyakinkan pembeli serta peniaga dari China yang datang ke ekspo ini.
"Anda semua bukan sahaja menjual kepada pasaran China, tetapi ekspo ini adalah platform kepada pasaran dunia dalam masa yang sama.
"Terdapat banyak produk tempatan yang telah saya lihat sepanjang saya dilantik menjadi menteri dan saya sendiri membelinya kerana terdapat kepelbagaian yang harus dibanggakan," katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam bersama Syarikat PKS tempatan di Nanning, China, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Darell turut menggesa syarikat PKS yang menyertai CAEXPO 2019 untuk berdagang sesama sendiri supaya masing-masing lebih mengenali produk Malaysia dan dapat menjualnya kepada pihak lain.
"Terdapat banyak PKS dari Sabah, Sarawak, Pahang, Penang, Johor, Melaka, malah semua negeri boleh berdagang sesama sendiri di ekspo ini.
"Esok, apabila bermulanya ekspo, anda (PKS) akan menjual produk, bakat serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang menjadi sumber pelbagai produk seperti makanan dan minuman serta perkhidmatan kepada seluruh dunia," jelasnya.
CAEXPO 2019 merupakan edisi ke-16 yang berlangsung di Nanning dari 21 hingga 24 September.
Inisiatif oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) ini merekodkan jualan bernilai RM639.66 juta pada tahun 2018 dan menyasarkan nilai yang sama bagi tahun ini.
Afiezy Azaman
Fri Sep 20 2019

Darell turut menggesa syarikat PKS yang menyertai CAEXPO 2019 untuk berdagang sesama sendiri. Astro AWANI

ASEAN perlu perkukuh kepusatan, tumpu sasaran realistik - Nazir Razak
Ekonomi Asia Tenggara digesa untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kepusatan bagi melindungi negara mereka daripada keadaan global yang tidak menentu di tengah-tengah ancaman tarif Presiden A

Wanita Jepun maut jatuh kondominium di Subang Jaya
Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pagi tadi.

Polis Johor tahan lelaki bersama dadah bernilai RM2.58 juta
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.58 juta dalam satu operasi di sekitar daerah ini pada 16 Feb lepas.

Produk disahkan halal tiga badan pensijilan halal tidak dibenar masuk Malaysia - JAKIM
Larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM.

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius, 18,507 kes tahun lepas - Pemadam
Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan serius dengan sebanyak 18,507 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakshari Muhamad.
AWANI Ringkas: Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis sahkan penemuan rangka manusia rentung dalam kenderaan terbakar
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia rentung dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan tanah perkuburan Batu Tiga, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini.

Lima kes kusta ditemukan di Selangor - Pengarah JKNS
Selangor merekodkan lima kes kusta setakat 20 Feb lepas, di lima daerah dengan tiada kematian dilaporkan.

CAEXPO 2019: Syarikat PKS diseru tambah nilai produk supaya lebih diyakini
Perkara itu menjadi pesanan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada beliau untuk disampaikan kepada syarikat PKS yang menyertai ekspo tersebut.