KUALA LUMPUR : Penarafan saham dan harga sasaran (TP) Sapura Energy Bhd. disemak turun susulan kemelut kewangan yang dihadapi syarikat minyak dan gas itu yang dilihat sukar kembali pulih.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research kini menilai saham syarikat itu dengan saranan 'jual' berbanding 'pegang' sebelum ini dengan TP pada 1 sen berbanding 5 sen sebelum ini.
Bagi Kenanga Research pula, ia mengekalkan pandangan 'underperform' terhadap Sapura Energy, sebaliknya, menurunkan TP sehingga serendah 0.5 sen daripada 4 sen sebelum ini.
CGS-CIMB turut menilai TP serendah 0.5 sen daripada 2.5 sen sebelum ini dengan mengekalkan penarafan sahamnya dengan saranan 'kurang'.
Dalam laporan kewangan yang diumumkan Jumaat lalu, kerugian bersih Sapura Energy bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 (FY22) mencapai paras tertinggi setakat ini kepada RM8.9 bilion, berbanding kerugian bersih berjumlah RM160.87 juta.
Malah, pendapatan juga susut 22.8 peratus kepada RM4.13 bilion daripada RM5.35 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Kumpulan itu menyifatkan FY22 sebagai tempoh mencabar terutama dengan kemelut mudah tunai yang dihadapi kumpulan tidak pernah berlaku sebelum ini akibat daripada prestasi projek yang mencabar dan kos perkhidmatan hutang yang tidak mampan.
Penganalisis HLIB, Jeremy Yap berkata, Sapura Energy memerlukan lebih banyak masa dan usaha untuk mengubah operasinya kembali mencatat keuntungan, yang dijangka tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
Katanya, kecairan operasinya masih membimbangkan berikutan kesukaran mendapatkan pembiayaan dan keupayaannya memperoleh kontrak pada masa depan disebabkan tekanan kunci kira-kiranya.
"Memandangkan, situasi terburuk belum berakhir buat Sapura Energy, kami kini menjangkakan kerugian Sapura Energy akan terus melebar kepada RM717 juta dan RM706 juta masing-masing bagi FY23 dan FY24 (berbanding sebelum ini, RM621 juta dan RM580 juta) selepas mengambil kira margin yang lebih rendah bagi segmen perniagaan kejuruteraan dan pembinaan).
"Malah, kami juga menjangkakan, kumpulan akan berdepan nilai kontrak yang negatif disebabkan kerugian berterusan bagi FY23 hingga FY24," jelasnya.
Setakat akhir Januari 2022, nilai projek kumpulan berjumlah RM6.6 bilion manakala RM28 bilion bagi dalam proses bidaan.
Tahap gearan kumpulan juga semakin merosot sehingga melonjak kepada 39.0x bagi tempoh itu berbanding 1.1x setakat akhir Januari 2021 disebabkan rosot nilai aset tidak ketaranya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy Bhd., Datuk Mohd Anuar Taib, Jumaat lalu, turut memberi amaran bahawa kumpulan itu mungkin perlu membuat keputusan yang sukar jika ia tidak dapat mencapai kompromi yang boleh dilaksanakan dengan pelanggannya selepas ia mengadakan rundingan dengan mereka mengenai 'kontrak-kontrak warisan' untuk penyelesaian secara baik untuk memulihkan atau mengehadkan kerugian.
Sementara itu, menurut penganalisis Kenanga Research, Steven Chan, kumpulan kini menghadapi masalah mudah tunai yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dengan paras hutang dan pemiutangnya tidak mampan tinggi, ditambah pula dengan cabaran dalam kemudahan kredit.
Sehingga kini, katanya, keseluruhan pinjaman kumpulan berjumlah RM10.7 bilion masih dilaporkan sebagai hutang jangka pendek, menurut piawaian MFRS, disebabkan pelanggaran perjanjian pinjaman.
"Ini menyebabkan kami mengurangkan TP kepada 0.005 sen berbanding 4 sen sebelum ini. Malah, kami turut meningkatkan anggaran kerugian bagi FY23 sebanyak 17%," katanya.
Penganalisis CGS-CIMB, Raymond Yap berpendapat, musibah yang menimpa Sapura Energy mungkin disebabkan anggaran kos yang terlalu optimistik, harga bidaan yang agresif dalam usaha memenangi kontrak sebelum ini dan kemungkinan isu kecekapan pengurusan.
Katanya, kerugian bersih teras kumpulan tidak mungkin melebar, jika ia tidak menamatkan kontrak ladang angin di Taiwan pada 4 Februari lalu.
"Kami menjangkakan kumpulan mungkin mengambil langkah menjual aset huluan dan pengeluaran gasnya untuk dijual kerana ia mempunyai 50 peratus pegangan saham dalam SapuraOMV.
"Malah, ini juga dilihat sejajar dengan fokus pada masa depan untuk menumpukan kepada perniagaan E&C dan penggerudian," katanya.
Dalam dagangan pagi ini, saham Sapura Energy antara paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia. Setakat 9.54 pagi, harga sahamnya kekal tidak berubah pada 4 sen dengan 19.38 juta saham diniagakan.
* Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Mon Mar 21 2022

Dalam laporan kewangan yang diumumkan Jumaat lalu, kerugian bersih Sapura Energy bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022 (FY22) mencapai paras tertinggi setakat ini kepada RM8.9 bilion. - Sapura Energy Berhad
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, mencerminkan tekanan jualan yang berlaku di seluruh rantau ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.48 mata atau 0.89 peratus kepada 1,622.07 daripada paras penutup 1,636.55 pada Jumaat minggu lepas.

Sapura Energy terima kelulusan mahkamah bagi penstrukturan semula hutang
Perintah sekatan itu akan membantu syarikat skim untuk terlibat dengan pemiutang tanpa diganggu ancaman litigasi.

Sapura Energy Mexicana diisytihar muflis oleh Mahkamah Insolvensi Mexico City
Susulan Pengisytiharan oleh mahkamah Mexico itu, Victor Hugo de la Cruz Caballero dilantik sebagai pelikuidasi berkuat kuasa 29 Feb 2024.

Bursa Malaysia dibuka rendah, sentimen berhati-hati walaupun prestasi Wall Street lebih baik
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.99 mata, atau 0.34 peratus kepada 1,435.12 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu.

Keuntungan bersih Sapura Energy meningkat kepada RM146.09 juta pada suku pertama
Ia meningkat 58 peratus kepada RM146.09 juta daripada RM91.93 juta pada suku yang sama bagi tahun kewangan sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Mei 2023.

Petronas nafi spekulasi penggabungan Sapura Energy, MHB
Sebarang pertimbangan berkaitan pelaburan atau penjualan dalam kumpulan Petronas adalah sentiasa dan akan terus berpandukan kepada kelulusan di peringkat Lembaga Pengarah.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.