KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd (Celcom) menyasarkan untuk meningkatkan liputan dan kapasiti 4G LTE masing-masing sehingga 92 peratus di Sarawak dan 85 peratus di Sabah, menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi (Teknologi) Celcom Afizulazha Abdullah berkata peningkatan tersebut akan membolehkan pengguna di Sabah dan Sarawak mendapat liputan 4G LTE yang lebih baik.
"Kami amat komited dengan pembangunan liputan serta rangkaian di Sabah dan Sarawak. Malah kedua-dua negeri tersebut amat penting untuk Celcom dan berharap pengguna di sana dapat menikmati liputan 4G yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk Celcom Memberikan Perkhidmatan Rangkaian Konsisten Dengan Liputan Terluas, terbitan Bernama TV yang disiarkan pada Khamis.
Mengulas selanjutnya, Afizulazha berkata Celcom juga amat mementingkan penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak, selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA) serta kerjasama dengan pihak industri.
Pada April lepas, Celcom telah mengumumkan peruntukan lebih RM200 juta bagi penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak pada 2022 yang meliputi kerja peningkatan liputan dan kapasiti 4G LTE, Rangkaian Teras Celcom serta pelaburan bagi liputan fiber untuk Celcom Timur Sdn Bhd (CTSB).
Mengulas perancangan Celcom, Afizulazha berkata syarikat telekomunikasi itu telah menggunakan teknologi menyeluruh seperti 'multiple-output' (MIMO) yang dapat mengurangkan kesesakan trafik dan membolehkan lebih ramai pengguna memanfaatkan perkhidmatan Celcom tanpa sebarang gangguan.
Selain itu, beliau berkata penggunaan perkhidmatan telekomunikasi turut meningkat sehingga 60 peratus sewaktu pandemik COVID-19 yang bermula pada 2020 apabila penggunaan data bertambah kepada 30 gigabit (GB) sebulan berbanding 20GB sebulan sebelum pandemik.
Celcom turut menjangkakan penggunaan data tersebut akan terus meningkat walaupun negara kini berada dalam fasa peralihan ke endemik, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022

Celcom menyasarkan untuk meningkatkan liputan dan kapasiti 4G LTE masing-masing sehingga 92 peratus di Sarawak dan 85 peratus di Sabah, menjelang akhir tahun ini.

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.

Bursa Malaysia lulus penyenaraian, sebut harga 3.96 bilion saham baharu Digi
Digi menjelaskan mesti terlebih dahulu mematuhi sepenuhnya peruntukan yang relevan di bawah syarat-syarat penyenaraian berkaitan.

Celcom sasar tingkat liputan 4G di Sabah, Sarawak menjelang akhir tahun ini
Peningkatan tersebut akan membolehkan pengguna di Sabah dan Sarawak mendapat liputan 4G LTE yang lebih baik.

Kesalinghubungan internet: Saifuddin harap kerajaan negeri kurangkan birokrasi
Kerenah birokrasi seboleh-bolehnya harus dibuang bagi membantu usaha kerajaan mempercepatkan lagi capaian atau kesalinghubungan internet dalam negara yang kini menjadi kemudahan penting.

Jalin kerjasama dengan Celcom Axiata, OlaBola The Musical janji persembahan luar biasa
Kerjasama itu menyaksikan pementasan teater terbesar tahun ini itu dipersembahkan dengan teknologi tercanggih yang pernah disaksikan di Malaysia.

Celcom Axiata taja BAM hingga Sukan Olimpik 2020
Celcom Axiata Berhad melanjutkan kontrak selaku penaja utama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hingga temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Celcom Axiata akan perkenal tiga produk sebelum akhir tahun
Produk baharu mungkin dalam bentuk segmen pasca bayar, prabayar dan kandungan.