KUALA LUMPUR:Penyelidikan CGS-CIMB menjangkakan Bank Negara Malaysia mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi bulan depan -- berbeza dengan unjuran awalnya bahawa penurunan OPR tidak akan diteruskan.
Firma itu berkata jangkaan itu sejajar dengan penyusutan pertumbuhan utama bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata defisit fiskal Malaysia dijangka mencatatkan 5.8 hingga 6.0 peratus daripada KDNK tahun ini.
Dalam pada itu, pakar ekonomi tempatan menjangkakan defisit lebih tinggi, di antara 6.5 peratus dengan 7.5 peratus, setelah mempertimbangkan pakej rangsangan bernilai RM305 bilion yang diumumkan oleh kerajaan setakat ini.
"Kami berpendapat pembuat dasar monetari dan fiskal cenderung untuk bertindak balas menerusi rangsangan seterusnya, walaupun dalam jumlah yang lebih rendah, memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka lebih singkat berbanding yang dilaksanakan sebelum ini," menurut CGS-CIMB.
Sejumlah langkah rangsangan utama telah dilanjutkan sehingga akhir 2020 atau awal 2021, termasuk moratorium pinjaman -- walaupun bersasar; tambahan Bantuan Prihatin tunai (RM7 bilion), Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) dan Geran Khas Prihatin (RM600 juta).
"Kita tidak menolak bahawa penambahbaikan rangsangan fiskal adalah untuk menangani kesan PKPB terutama dalam segmen," menurutnya.
CGS-CIMB juga menyemak turun unjuran KDNK 2020 kepada -4.4 peratus daripada -4.0 peratus berikutan PKPB serta data yang tidak memberangsangkan pada Julai dan Ogos.
"Pada pandangan kami, berita ini akan mempengaruhi sentimen pasaran mengenai kebimbangan bahawa pemulihan keuntungan korporat mungkin mengecewakan disebabkan perbelanjaan pengguna yang lebih rendah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020

Penambahbaikan rangsangan fiskal adalah untuk menangani kesan PKPB. - Gambar hiasan

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.

Kerjasama dengan Foxconn buka peluang pertumbuhan menarik kepada DNeX - CGS CIMB
DNeX memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Big Innovation Holdings Limited (BIH).

CGS-CIMB semak menaik unjuran trafik udara 2022 berikutan pembukaan awal sempadan
Syarikat penyelidikan itu turut menyemak semula unjuran trafik antarabangsa tahun 2022 kepada 40 peratus.

Saham AirAsia terus catat momentum penurunan
Harga saham AirAsia terus mencatatkan aliran penurunan pada sesi awal pada Isnin dalam persekitaran sentimen yang lemah selepas kumpulan itu diklasifikasikan sebagai status Nota Amalan 17 (PN17).

Malaysia catat aliran keluar asing 4 tahun berturut-turut sejak 2018
Ia menandakan empat tahun berturut-turut yang menyaksikan jualan bersih oleh pelabur asing bermula pada 2018.

Jualan gas dijangka pulih Q4, CGS-CIMB kekal saranan 'tambah' ke atas Gas Malaysia
Unjuran EPS bagi FY21 dan FY23 masing-masing dinaikkan sebanyak 9% dan 7% yang mencerminkan margin kasar yang tinggi daripada kecekapan operasi dan perniagaan yang tidak dikawal.

Bajet 2022: REHDA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion
Firma penyelidikan itu menyaksikan potensi yang lebih cerah bagi sektor berkenaan pada suku keempat 2021 yang bergantung kepada Bajet 2022.

CU mampu 'selamatkan' Mynews daripada terus rugi
Dalam tempoh 9 bulan tahun ini, Mynews hanya membuka empat sahaja cawangan CU disebabkan kekangan perintah kawalan pergerakan (PKP).

CGS-CIMB jangka OPR dikurangkan sebanyak 25 mata asas lagi
Firma itu berkata jangkaan itu sejajar dengan penyusutan pertumbuhan utama bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Firma pelaburan optimis penawaran produk jalur lebar baharu Astro
Perkhidmatan tersebut menggabungkan produk televisyen berbayar Astro dengan pakej jalur lebar dengan hanya satu bayaran bulanan.