KUALA LUMPUR: CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank hari ini mengumumkan komitmen baharu untuk menyalurkan dana pembiayaan berjumlah RM30 bilion kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mereka memanfaatkan peluang pasca pandemik.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group Holdings Bhd Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata komitmen melalui kerjasama strategik bersama Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) itu bertujuan untuk menyalurkan pembiayaan serta skim jaminan yang akan memacu pertumbuhan PKS seiring dengan momentum pemulihan ekonomi.
"Komitmen pembiayaan PKS yang baharu ini akan mengukuhkan lagi usaha kami untuk membantu kumpulan ekonomi penting ini bagi tempoh dua tahun akan datang," katanya pada majlis menandatangani kerjasama antara CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd dengan SJPP dan CGC, di sini, hari ini.
Abdul Rahman berkata pembiayaan itu akan ditawarkan melalui Program Pembiayaan CIMB-CGC untuk pembelian dan pembiayaan semula hartanah di mana pelanggan boleh menjana semula aset mereka bagi modal pusingan sehingga 150 peratus daripada nilai hartanah.
"Yang kedua adalah Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGGS) yang diuruskan oleh SJPP di mana ia akan menyediakan perlindungan jaminan sehingga 80 peratus untuk kemudahan pembiayaan bank sehingga RM20 juta," katanya.
Manakala yang ketiga adalah Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) di mana pelanggan akan memanfaat pembiayaan tanpa cagaran sehingga RM10 juta dengan tempoh bayaran balik mampu milik sehingga 10 tahun pada kadar faedah rendah sehingga lima peratus setahun.
Beliau berkata, inisiatif tersebut adalah susulan kejayaan CIMB dalam mencapai sasaran pembiayaan PKS berjumlah RM15 bilion antara tahun 2019 hingga 2020 sebelum pandemik COVID-19.
Selain itu, katanya, CIMB juga menyalurkan dana bantuan melalui moratorium dan program bantuan pembayaran balik sebanyak RM2.5 bilion kepada PKS setakat Jun 2022.
"Kita juga telah melihat momentum pemulihan ekonomi yang semakin memberangsangkan dengan tanda-tanda positif, seiring dengan pemulihan ekonomi semasa.
"Tahap bantuan CIMB juga telah dijurangkan kepada hanya 5.5 peratus pada 31 Ogos 2022 berbanding 42 peratus pada September 2021," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB bagi Perbankan Komersial Kumpulan Ahmad Shazli Kamarulzaman berkata kadar pertumbuhan pinjaman segmen PKS semakin aktif dan bank-bank teruja untuk memberi pinjaman kepada perniagaan.
"Saya tidak rasa bank-bank enggan menyediakan pinjaman dan dengan kerjasama SJPP serta CGC akan dapat menyokong lagi pemberian pinjaman dan merangsang pertumbuhan," katanya kepada pemberita pada sidang media.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022

Majlis menandatangani kerjasama antara CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd dengan SJPP dan CGC berlangsung di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mohd Nakhaie tekad perkasa dakwah Islam di Malaysia, peringkat global
Beliau berkata tanggungjawab yang diberikan adalah satu amanah besar, sejajar dengan resolusi yang dipersetujui dalam Persidangan Dialog Intra-Islam.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu mereka tidak bercadang untuk meneruskan satu kes dihadapi Sanusi itu.

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan prestasi dagangan bercampur-campur di pasaran serantau
Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi.

KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.

Bursa Malaysia naik bagi hari keenam, IK raih 0.28 peratus pada akhir dagangan 2024
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih,

Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif
Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif.