CIMB Group menyasarkan untuk mencatatkan sekurang-kurangnya sebanyak 20,000 peniaga memuat turun CIMB Tap n Pay pada tahun depan, penyelesaian pembayaran yang memproses urus niaga kad debit menggunakan peranti mudah alih android sebagai terminal penerimaan pembayaran.
Dalam kenyataan pada Selasa, katanya CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd bekerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) untuk memperkenalkan penyelesaian tersebut.
"Kemudahan itu merupakan alternatif yang berdaya maju bagi terminal jualan (POS) yang konvensional, khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro," menurut kumpulan perkhidmatan kewangan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbankan Komersial CIMB Group Victor Lee berkata cadangan perniagaan PKS baharu CIMB membawa kepada kerjasama CIMB-PayNet di bawah teras CIMB SME Transact, yang membolehkan PKS mikro mempunyai akses kepada penyelesaian pembayaran digital yang mudah, lancar dan selamat untuk keperluan pembangunan mereka.
"Dengan PayNet, kami menolak sempadan membolehkan PKS mendapat manfaat daripada kepakaran pasaran dua jenama yang kukuh bagi menyokong pertumbuhan mereka.
"Ini sejajar dengan strategi pertumbuhan CIMB Forward23 untuk memberi tumpuan kepada teknologi dan data dengan menggalakkan inovasi digital bagi memberi manfaat kepada pelanggan kami," katanya.
Sementara itu, CEO kumpulan PayNet dan pengendali skim kad debit nasional MyDebit, Peter Schiesser, berkata: "Kami melihat potensi kepada pengurangan kos yang ketara dan akses yang lebih baik kepada peniaga untuk menerima pembayaran kad."
Beliau berkata segmen seperti penjaja dan peniaga pasar malam boleh melakukan urus niaga tanpa tunai dengan hanya menggunakan telefon pintar mereka sebagai terminal POS untuk mengutip pembayaran kad debit daripada pelanggan mereka.
"Impaknya ialah masalah kumpulan peniaga ini berkaitan dengan kos terminal POS yang akan menjadi perkara pada masa lalu dengan penyelesaian ini," katanya.
CIMB Tap n Pay boleh dimuat turun di peranti mudah alih android dan boleh didapati pada masa ini untuk semua urus niaga MyDebit tanpa sentuh di bawah RM250 tanpa PIN.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd bekerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) untuk memperkenalkan penyelesaian itu. - Astro AWANI/Shahir Omar

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)

Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan prestasi dagangan bercampur-campur di pasaran serantau
Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi.

KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.

Bursa Malaysia naik bagi hari keenam, IK raih 0.28 peratus pada akhir dagangan 2024
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih,

Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif
Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif.