Ringkasan AI
- Kebanyakan ciri AI kini boleh digunakan terus pada peranti tanpa akses internet, dengan pengguna perlu memuat turun pek fail atau pek bahasa terlebih dahulu untuk pemprosesan terus dari peranti.
- WhatsApp sedang menguji ciri penterjemahan terbina yang memerlukan pengguna memuat turun pek bahasa pilihan, membolehkan teks perbualan diterjemah secara automatik.
- Masih belum pasti jika terjemahan akan menggantikan keseluruhan teks dengan bahasa baharu seperti Google Lens atau menambah barisan teks bahasa yang diterjemah seperti Samsung Galaxy AI.
Ini kerana, ciri seperti ini memerlukan pengguna memuat turun pek fail atau pek bahasa terlebih dahulu.
Selepas muat turun selesai, semua pemprosesan akan berlaku terus dari peranti. Akan datang, WhatsApp turut akan melakukan perkara yang sama.
Sejak Julai tahun lepas lagi WhatsApp dilihat menguji ciri penterjemahan terbina ini. Ia bermula dengan khabar integrasi Google Translate, bertukar kepada menggunakan teknologi tersendiri.
Pengguna dilihat perlu memuat turun pek bahasa pilihan, selepas selesai – semua teks perbualan atau dari dalam saluran boleh diterjemah secara automatik.
Buat masa ini masih tidak pasti jika terjemahan adalah seakan Google Lens, di mana keseluruhan teks akan digantikan dengan bahasa baharu atau seakan Samsung Galaxy AI dengan setiap bebuih perbualan akan ada barisan teks bahasa yang diterjemah.
Sama-sama kita nantikan. -Amanz