Rangkaian pasar raya Cold Storage mengumumkan usaha sama keduanya dengan HappyFresh, perkhidmatan membeli-belah secara dalam talian, bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian.
Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd Pierre-Olivier Deplanck, berkata menerusi usaha sama itu, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk membeli-belah dari 10 kedai berlainan, termasuk Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall.
"Usaha strategik ini sejajar dengan usaha kami untuk meluaskan operasi e-dagang di negara ini.
"Sama ada menerusi produk segar atau berkualiti dan kecekapan perkhidmatan, GCH Retail sentiasa mencari cara terbaik untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik.
"Menerusi pakatan ini, HappyFresh dapat meluaskan liputan dan meningkatkan perkhidmatan kami di kawasan yang lebih luas," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Pelanggan kini mempunyai pilihan untuk membeli daripada premis Cold Storage di pelbagai lokasi menggunakan aplikasi dan laman web HappyFresh.
"Ini termasuk Cold Storage KLCC, Wangsa Walk, Great Eastern Mall, Jaya One, Subang Parade, Bandar Utama and Alamanda, Putrajaya, dan premis baharu lain yang akan ditambah termasuk Sunway Pyramid, Mont Kiara dan Section 14 Petaling Jaya," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 05 2018
Menerusi usaha sama itu, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk membeli-belah dari 10 kedai berlainan, termasuk Cold Storage, Mercato dan Jasons Food Hall. - Instagram/@happyfres_my
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
Dua diplomat dipanggil pulang ditempatkan di Wisma Putra
Dakwaan bahawa dua diplomat itu diletakkan di 'pool' JPA adalah tidak tepat dan tidak berlaku.
Cold Storage, HappyFresh jalin usaha sama tingkat aktiviti beli-belah 'online'
Menerusi pakatan ini, HappyFresh dapat meluaskan liputan dan meningkatkan perkhidmatan kami di kawasan yang lebih luas.
Saudi Cold Storage akan tingkatkan segmen eksport kepada 40%
Ketua Pegawai Operasi, Louis Tan Leong Chin berkata pada masa ini, syarikat mengeksport produknya ke Vietnam, Oman, Batam di Indonesia dan Selatan Thailand.