Projek kediaman pertama di Tun Razak Exchange (TRX), Core Residence kini dijual antara harga RM1.3 juta hingga RM2.2 juta bagi unit keluasan antara 624 hingga 1,022 kaki persegi.
Projek Core Precious Development Sdn Bhd tersebut menampilkan tiga blok dan menawarkan 700 unit kediaman.
Pengerusi dan Pengarah Urusan Core Precious Development Sdn Bhd, Zhang Bao berkata harga jualan bagi unit kediaman tersebut bermula dari RM2,200 untuk setiap kaki persegi.
Kata Zhang lagi, Core Residence ialah hartanah pegangan bebas mewah yang dibangunkan di tanah seluas 0.66 hektar di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, yang dijangkakan siap pada lewat 2023.
Kediaman berkenaan menampilkan unit-unit hartanah pencahayaan dan pengudaraan semula jadi, berlatarbelakangkan pemandangan ikonik bandar raya Kuala Lumpur, dilengkapi kemudahan terbaik dalam menyediakan gaya hidup berkualiti lima bintang, tanpa meninggalkan keselesaan rumah.
"Core Residence terbuka kepada pembeli antarabangsa seperti Asia Tenggara, Malaysia, Jepun, Singapura, Belanda dan juga pelanggan yang datang hari ini.
"Ini merupakan projek pertama kami di Malaysia. Kami mempunyai beberapa projek lain di Malaysia. Kami juga ada projek di Los Angeles, Indonesia, beberapa tempat di Afrika dan juga Sri Lanka," katanya pada sidang media selepas pelancaran Core Residence di Menara Khuan Choo pada Isnin.
Untuk rekod, Core Precious Development Sdn Bhd ialah syarikat usaha sama (JV) antara China Communications and Constructions Group (CCCG) dan WCT Holdings Bhd yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Hartanah Luar Negara CCCG, Sui Zhenhai berkata CCCG memilih untuk melabur di Malaysia kerana mempunyai keadaan politik yang stabil dengan prospek ekonomi yang baik.
"Malaysia merupakan negara yang penting sebagai sebahagian daripada "Inisiatif Jalur & Jalan” oleh kerajaan China. Malah, CCCG sudah bertapak di Malaysia sejak awal lagi.
"Malaysia kini merupakan negara yang mempunyai paling banyak cawangan CCCG dan ini menunjukkan ia negara yang penting dan strategik bagi CCCG dan CCCG Hartanah Luar Negara," kata Sui.
CCCG memiliki 80 peratus kepentingan dalam CORE Precious dan merupakan kontraktor antarabangsa Asia terbesar serta menduduki tempat pertama syarikat yang disenaraikan di Asia untuk 10 tahun berturut-turut.
CCCG kini tersenarai dalam Fortune Global 500 selama 12 tahun dan mencapai kedudukan ke-93 pada tahun ini.
Isabelle Leong
Mon Nov 25 2019
ZHANG (ketiga dari kanan) berkata Core Residence ialah hartanah pegangan bebas mewah yang dibangunkan di tanah seluas 0.66 hektar di Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, yang dijangkakan siap pada lewat 2023.
AWANI Ringkas: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.
KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.
Banjir Sabah, Sarawak: Baik pulih sekolah terjejas libatkan kos besar
Kementerian Pendidikan (KPM) menjangkakan kos membaik pulih keseluruhan sekolah dan premis yang mengalami kerosakan akibat banjir di Sabah dan Sarawak melibatkan jumlah perbelanjaan yang sangat besar.
Agrobank sasar 80,000 penyertaan bagi Kempen Mega Million 2.0
Agrobank menyasarkan penyertaan 80,000 peserta bagi Kempen Mega Million 2.0 yang berlangsung dari 1 November, 2024 hingga 31 Oktober, 2025.
Trump umum henti akses keselamatan dan taklimat risikan harian Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat mengumumkan bahawa beliau menghentikan akses keselamatan bekas presiden Joe Biden serta menamatkan taklimat risikan hariannya, lapor Xinhua.
KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi masturbasi
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
[TERKINI] KDN haramkan tiga buku
KDN memaklumkan perintah larangan tiga buku iaitu My Shadow Is Purple oleh Scott Stuart, Koleksi Puisi Masturbasi oleh Amir Hamzah bin Akal Ali (Benz Ali) dan All That’s Left In The World oleh Erik J. Brown.
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Core Residence di TRX dijual bermula RM1.3 juta seunit
Projek Core Precious Development Sdn Bhd tersebut menampilkan tiga blok dan menawarkan 700 unit kediaman.