SERI KEMBANGAN: Country Heights Holdings Bhd (CHHB) memiliki projek hartanah dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM920 juta bagi memacu perniagaannya pada 2023.
Pengarah urusan yang baru dilantik, Datuk Mircle Yap berkata CHHB sedang membangunkan Mines Beach Suite dengan GDV sebanyak RM600 juta, projek perumahan Jitra RM200 juta di Kedah, pembangunan perumahan Cyberlake Heights dan hab perindustrian Pajam di Negeri Sembilan, masing-masing dengan GDV RM60 juta. Kesemuanya akan dilancarkan tahun ini.
"Kami mahu semua aset yang kami ada mempunyai nilai kewangan. Jenama CHHB telah berada di pasaran selama lebih 39 tahun dan kami berharap pengurusan baharu dapat membawa jenama itu lebih jauh. Kami mempunyai banyak rancangan untuk syarikat ini," kata Yap kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu pada Rabu.
Syarikat itu merancang untuk membina 387 unit kediaman dua tingkat dan 64 unit kediaman berkembar di tanah seluas 16.19 hektar (40 ekar) di Jitra manakala 60 lot perindustrian pegangan bebas sedang dirancang untuk hab perindustrian Pajam.
Kumpulan itu juga akan mempercepatkan pembangunan hab perubatan dan kesejahteraan antarabangsanya dan meletakkan semula Mines Beach Resort menjadi destinasi percutian utama yang dikhususkan untuk mempromosikan kesihatan.
Bahagian resort, hospitaliti dan kesejahteraan GHHS Healthcare akan distruktur semula untuk menyokong pembangunan hab perubatan dan kesejahteraan antarabangsa di kawasan seluas 80.94 hektar (200 ekar).
Selain Palace of the Golden Horses dan Mines Waterfront Business Park Tower 4 dan 5, tanah rekreasi seluas 4.9 hektar (12.10 ekar) yang bersebelahan dengannya akan diperuntukkan untuk hab perubatan dan kesejahteraan antarabangsa.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022, CHHB mencatatkan kerugian bersih RM81.63 juta berbanding keuntungan bersih RM2.64 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.
Hasil susut kepada RM45.84 juta berbanding RM104.91 juta sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh penyempurnaan penjualan tanah bernilai RM54 juta pada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022, CHHB mencatatkan kerugian bersih RM81.63 juta berbanding keuntungan bersih RM2.64 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya. - Foto Facebook/Country Heights Holdings Bhd

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MBSB Bank saman Country Heights, tuntut bayar balik pinjaman RM89.67 juta
Kumpulan itu pada 21 Ogos menerima writ saman, pernyataan tuntutan dan notis pengurusan kes daripada peguam cara yang bertindak bagi MBSB.

Country Heights memiliki projek hartanah bernilai RM920 juta
Country Heights Holdings Bhd (CHHB) memiliki projek hartanah dengan gabungan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM920 juta bagi memacu perniagaannya pada 2023.

Bilik simpanan kucing di kediaman TPM Zahid terbakar
Bilik simpanan kucing di kediaman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Country Heights terbakar pada Sabtu.

Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua unit banglo di Country Heights, Kajang dibeli pada harga diskaun iaitu RM5.9 juta.

Kes rasuah Ahmad Zahid: Hakim akan lawat dua banglo di Country Heights, Kajang
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersetuju untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid.

Pasangan bergelar Tan Sri, Puan Sri ditahan didakwa dera tiga amah
Polis menahan sepasang suami isteri bergelar Tan Sri dan Puan Sri yang dipercayai melayan orang gaji dengan cara kekerasan.