AIA Bhd menawarkan pengecualian pembayaran premium atau caruman untuk tiga bulan pertama bagi pelanggan A-Life ProtectTerm atau A-Life Kasih Famili pada Mei.
Tawaran tersebut diberikan bagi membantu mengurangkan impak disebabkan penularan pandemik COVID-19 selain memastikan pengguna mempunyai perlindungan yang sewajarnya ketika tempoh kritikal ini, lapor portal BH.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran AIA Bhd, Heng Zee Wang, selain pengecualian caruman, AIA juga menawarkan pengguna untuk menerima manfaat perlindungan kemasukan hospital dan kematian akibat COVID-19 secara percuma sehingga 30 September.
Katanya, pelanggan AIA turut boleh mendapatkan nasihat perubatan COVID-19 tanpa sebarang kos tambahan sehingga 30 Jun.
"Tawaran kedua adalah perlindungan kematian tambahan sebanyak 50 peratus akibat COVID-19 secara percuma.
"Jika orang yang diinsuranskan atau dilindungi meninggal dunia akibat COVID-19, tambahan sebanyak 50 peratus daripada jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris," katanya.
Jika orang yang diinsuranskan atau dilindungi meninggal dunia akibat COVID-19, tambahan sebanyak 50 peratus daripada jumlah perlindungan asas akan dibayar kepada waris.
Jumlah maksimum yang dibayar adalah RM100,000 atau RM250,000 setiap seorang, tertakluk kepada pelan yang diambil.
Sementara itu, tawaran ketiga adalah lanjutan tempoh perlindungan tambahan percuma COVID-19.
Zee Wang juga berkata, ketika berhadapan dengan COVID-19, lebih ramai pengguna mula membuat pembelian yang menitikberatkan aspek kesihatan serta komitmen kewangan jangka panjang berikutan peningkatan tahap kebimbangan serta ketidaktentuan ekonomi.
Astro Awani
Fri May 08 2020

Selain pengecualian caruman, AIA juga menawarkan pengguna untuk menerima manfaat perlindungan kemasukan hospital dan kematian akibat COVID-19 secara percuma sehingga 30 September. - Gambar fail

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

COVID-19: AIA tawar pengecualian pembayaran caruman selama 3 bulan
Tawaran tersebut diberikan bagi membantu mengurangkan impak disebabkan penularan pandemik COVID-19.