Krisis COVID-19 akan menyaksikan perolehan penumpang bagi syarikat penerbangan menyusut US$314 bilion pada 2020, iaitu pengurangan 55 peratus berbanding 2019, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam analisis terkininya.
Pada 24 Mac, IATA mengunjurkan sektor itu akan kehilangan perolehan sebanyak US$252 bilion (-44 peratus berbanding 2019) sekiranya sekatan perjalanan yang agak berat itu mengambil masa tiga bulan.
Angka yang dikemas kini itu menunjukkan peningkatan krisis tersebut secara ketara dan sekatan domestik yang agak tegas dalam tempoh tiga bulan.
"Data itu juga mencerminkan beberapa sekatan bagi perjalanan antarabangsa yang melebihi tiga bulan selain memberi impak yang serius di seluruh dunia termasuk di Afrika dan Amerika Latin (yang mencatat jumlah kecil kes wabak) dan dijangka kurang terjejas dalam analisis Mac)," kata IATA.
Bagi permintaan penumpang untuk tahun penuh (domestik dan antarabangsa), badan global tu menjangka kemerosotan 48 peratus berbanding 2019 berikutan perkembangan ekonomi secara keseluruhan dan sekatan perjalanan.
Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac berkata lebih separuh daripada perolehan penumpang akan lenyap, dan mencatat kerugian US$314 bilion.
Beberapa kerajaan telah meningkatkan langkah membabitkan bantuan kewangan sama ada yang baharu atau ditambah baik, namun, situasi itu masih kritikal.
"Syarikat-syarikat penerbangan mungkin menggunakan rizab tunai mereka berjumlah US$61 bilion (RM266 billion) pada suku kedua tahun ini. Ia meletakkan risiko kepada 25 juta pekerjaan dalam sektor penerbangan.
"Tanpa bantuan yang segera ini, banyak syarikat penerbangan tidak akan bertahan untuk memacu kepada pertumbuhan ekonomi," katanya.
de Juniac berkata kerajaan harus meletakkan sektor penerbangan dalam pakej penstabilan mereka berikutan syarikat penerbangan berada di teras rantaian nilai yang menyokong kira-kira 65.5 juta pekerjaan di seluruh dunia.
Beliau berkata bantuan kewangan kepada syarikat penerbangan perlu menjadi langkah dasar yang kritikal kepada kerajaan bagi menyokong syarikat penerbangan untuk meneruskan rantaian bekalan yang penting ini dalam tempoh krisis tersebut.
"Setiap pekerjaan di syarikat penerbangan yang terselamat akan mengekalkan lebih 24 pekerja dan ini memberi peluang kepada syarikat penerbangan untuk menjadi perniagaan yang berdaya maju dan bersedia memacu pemuihan dengan menghubungkan negara-negara apabila pandemik ini dapat dibendung.
"Sekiranya syarikat penerbangan tidak bersedia, kesan ekonomi akibat COVID-19 ini akan berlarutan," kata de Juniac.
-- BERNAMA
Chee Yoke Ling
Wed Apr 15 2020

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac berkata lebih separuh daripada perolehan penumpang akan lenyap, dan mencatat kerugian US$314 bilion. - Gambar fail

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Kerajaan, industri perlu bersedia bagi edaran vaksin COVID-19 - IATA
Penghantaran vaksin COVID-19 yang selamat akan menjadi misi industri kargo udara di peringkat global.

IATA syor langkah alternatif kuarantin, tumpu perlindungan berperingkat
IATA menggalakkan pelaksanaan pendekatan berperingkat bagi mengurangkan risiko import COVID-19 menerusi perjalanan udara.

Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA
Bagi tahun depan pula, IATA berkata kerugian dijangka turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).

Hutang industri penerbangan akan naik kepada AS$550 bilion menjelang akhir tahun - IATA
Secara keseluruhan, kerajaan telah memberikan komitmen kewangan sebanyak US$123 bilion untuk membantu syarikat penerbangan bertahan akibat krisis penularan COVID-19.

Mac bulan bencana sektor penerbangan kerana permintaan penumpang jatuh mendadak - IATA
Menurut IATA, syarikat penerbangan China terus menyaksikan penyusutan tertinggi dengan permintaan domestik jatuh 65.5 peratus pada Mac 2020 berbanding Mac 2019.

COVID-19 menyebabkan permintaan, perolehan syarikat penerbangan susut - IATA
Krisis COVID-19 akan menyaksikan perolehan penumpang bagi syarikat penerbangan menyusut US$314 bilion pada 2020, iaitu pengurangan 55 peratus berbanding 2019.

Permintaan penumpang, faktor muatan 2017 kukuh - IATA
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata kapasiti meningkat 6.4 peratus dan faktor muatan meningkat 1.1 mata peratus kepada 80.6 peratus.

Syarikat penerbangan Asia-Pasifik dijangka catatkan keuntungan dalam 2018
Peningkatan dalam pasaran kargo telah memberikan sokongan kepada rantau ini memandangkan Asia-Pasifik mencatatkan 37 peratus daripada keseluruhan jumlah kargo dunia, kata IATA.

IATA jangka syarikat penerbangan bawa 3.8 bilion penumpang tahun ini
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangka 265 syarikat penerbangan anggotanya akan membawa kira-kira 3.8 bilion penumpang dan 50 juta tan kargo pada tahun ini.

IATA gesa baiki sesetengah lapangan terbang Asia Tenggara
Ketua Pengarah IATA berkata langkah ini perlu berikutan jangkaan pertumbuhan kukuh perjalanan udara di rantau ini.