KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi di bawahnya, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama Microsoft Malaysia.
Kolaborasi antara Cradle dan Microsoft membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam menyediakan platform kepada syarikat pemula tempatan bagi membangunkan hasil inovasi di peringkat global.
Menerusi pemeteraian memorandum tersebut, Cradle akan bekerjasama dalam program Microsoft for Startups Founders Hub dengan menyediakan peluang untuk meningkatkan kemahiran, memberi panduan dari segi teknikal, serta menyediakan capaian kepada Microsoft Mentor Network.
Selain itu, syarikat pemula yang terbabit turut diberikan akses percuma kepada GitHub Enterprise dan peningkatan produktiviti dengan Microsoft 365 serta kredit awan Azure bernilai sehingga AS$150,000 (RM668,400).
Pertukaran memorandum tersebut disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke dan Pengarah Urusan Microsoft, K Raman, serta disaksikan oleh Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menurut Dr Adham, jalinan kerjasama antara Cradle dan Microsoft diharap dapat memastikan kemampanan ekosistem syarikat pemula dan memberi manfaat untuk mereka meneroka kepakaran serta ilmu bagi meneroka pasaran antarabangsa.
"MoU di antara Cradle dan Microsoft ini antaranya melibatkan penjenamaan fizikal dan digital daripada kedua-dua pihak; perkongsian data dalam membangunkan program yang bersesuaian untuk start-ups; dan akses kepada alatan atau perisian yang bersesuaian bagi pembangunan teknologi sesebuah syarikat start-up.
"Sudah pasti, Cradle dan Microsoft berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk menggunakan teknologi bagi meningkatkan taraf kehidupan dan kemahiran tenaga kerja di Malaysia bagi memenuhi sasaran ekonomi digital negara dan seterusnya menghadapi cabaran Industri 4.0.
"MOSTI yakin kolaborasi ini dapat memberi manfaat kepada ekosistem start-up. Usahawan start-up juga perlu mengambil peluang dalam memanfaatkan kepakaran dan ilmu yang ada pada syarikat bertaraf antarabangsa seperti Microsoft untuk meneroka pasaran global," katanya pada Majlis pertukaran MoU antara Cradle dan Microsoft di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kolaborasi tersebut juga akan memastikan daya tahan ekonomi, kemahiran serta pengetahuan digital dapat dikuasai, seterusnya menyediakan persekitaran digital yang dipercayai serta selamat agar perniagaan dapat berkembang maju.
Dr Adham menambah, syarikat pemula berasaskan teknologi berjaya menghasilkan hampir USD$3 trilion di seluruh dunia iaitu setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebuah ekonomi negara G7.
MOSTI juga kata beliau komited untuk menyediakan sokongan kepada lebih 5,000 syarikat pemula menerusi Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up (SUPER) 2021-2030, dengan sasaran lima daripadanya berstatus 'unicorn' menjelang 2025.
"Ketika Malaysia beransur-ansur membuka semula ekonominya, kita yakin bahawa usahawan start-up akan memainkan peranan penting dalam membantu memulihkan ekonomi negara terutamanya melalui inovasi yang diperkenal dengan teknologi yang mengambil kira penyelesaian yang bersesuaian agar dapat meringankan beban dan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat Malaysia," katanya lagi.
Sementara itu, Norman ketika berucap berkata, pihaknya yakin kerjasama tersebut dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan pengembangan komuniti start-up di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan ekosistem start-up di negara ini.
"Apa yang sering kita perhatikan dalam kalangan start-up adalah cabaran dalam merealisasikan idea.
"Kita dapat melihat ramai usahawan berbakat dengan idea yang hebat, tetapi bergelut untuk menggunakan sepenuhnya teknologi bagi “menghidupkan” idea mereka.
"Oleh itu, kami teruja untuk bekerjasama dengan Microsoft sebagai rakan strategik kami. Dengan menggabungkan sumber Cradle dengan kepakaran teknologi daripada Microsoft, kita akan dapat memupuk sebuah ekosistem start-up yang lebih celik teknologi dan kolaboratif di Malaysia," kata Norman.
Hasimi Muhamad
Tue Aug 09 2022

Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba (tengah) hadir menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Cradle Fund Sdn. Bhd dengan Microsoft Malaysia. - Foto/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Cradle Fund meterai MoU bersama Microsoft Malaysia, tingkat kemahiran syarikat pemula
Kolaborasi antara Cradle dan Microsoft membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam menyediakan platform kepada syarikat pemula tempatan.

Mahkamah benar permohonan polis gali kubur CEO Cradle Fund
Majistret Nor Ariffin Hisham membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar permohonan pihak polis yang diwakili pegawai penyiasatnya.

Kronologi kes kematian CEO Cradle Fund Nazrin Hassan
Kronologi kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran pada 14 Jun lalu.

Isteri CEO Cradle Fund Nazrin Hassan direman tujuh hari
Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd hari ini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian suaminya, Nazrin Hassan pada 14 Jun lalu.