KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada hari Selasa berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah utama daripada beberapa bank pusat utama, termasuk Bank of Japan dan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat pada Rabu.
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.18 mata kepada 1,439.02 daripada 1,439.2 penutup Isnin.
Indeks utama penanda aras dibuka 0.45 mata rendah pada paras 1,438.75.
Namun begitu, pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mendahului kaunter rugi 151 berbalas 53, manakala 233 kaunter tidak berubah, 1,939 tidak diniagakan dan 61 digantung.
Jumlah dagangan 149.82 juta unit bernilai RM47.49 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street mempamerkan pergerakan kukuh semalaman dengan tumpuan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) hari ini dan esok.
Beliau turut menyatakan Indeks Hang Seng Hong Kong bergerak mendatar berikutan pendapatan yang lemah daripada bank-bank utama disebabkan oleh caj susut nilai tinggi yang berkaitan dengan kelembapan hartanah China.
"Bagaimanapun, kami berpendapat pasaran serantau dan tempatan mungkin mengambil petunjuk daripada pergerakan rancak semalaman Wall Street.
"Justeru, FBM KLCI diunjur berlegar dalam julat 1,440 dan 1,450, dan menjangkakan kemunculan beberapa aktiviti memburu saham murah terutamanya bagi saham telekomunikasi hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9.00 manakala Public Bank, IHH Healthcare dan CelcomDigi masing-masing tidak berubah pada RM4.15, RM5.96 dan RM4.20.
CIMB susut dua sen kepada RM5.68, Petronas Chemicals turun tiga sen menjadi RM7.25, manakala Tenaga lemah satu sen kepada RM9.85.
Bagi saham aktif, CSH Alliance dan Tanco kekal pada 5.5 sen dan 57.5 sen, Classita meningkat setengah sen kepada tujuh sen dan Kinergy rugi setengah sen kepada to 32.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 6.06 mata kepada 10,605.38, Indeks FBMT 100 peroleh 4.87 mata kepada 10,280.65, Indeks FBM Emas Syariah menokok 12.14 mata kepada 10,814.09 dan Indeks FBM 70 mengukuh 33.48 mata kepada 13,936.47
Bagaimanapun, Indeks ACE FBM susut 5.94 mata kepada 4,999.66.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.08 mata kepada 172.2, Indeks Perladangan meningkat 2.38 mata menjadi 6,901.06, Indeks Tenaga peroleh 0.66 mata kepada 864.3, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 24.83 mata menjadi 16,187.37.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.18 mata kepada 1,439.02 daripada 1,439.2 penutup Isnin. -Gambar fail/Bernama

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.