KUALA LUMPUR: Minat belian yang diperbaharui selepas mengalami tekanan jualan semalam menyaksikan Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini.
Selain itu pasaran turut mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.67 mata kepada 1,601.65 daripada penutupan Isnin iaitu 1,589.98.
Pada awal pembukaan urus niaga, indeks utama itu turut mengukuh 9.74 mata kepada 1,599.72.
Di pasaran yang lebih luas pula, kaunter untung mengatasi rugi dengan 254 berbalas 80 manakala 188 kaunter tidak berubah, 1,768 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.
Sebanyak 136.07 juta dicatatkan untuk jumlah dagangan yang bernilai RM50.83 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street melantun semula apabila Indeks Dow Jones meningkat 0.7 peratus selepas pulih daripada paras terendah hariannya disebabkan aktiviti memburu saham murah menjelang pengumuman pendapatan korporat daripada beberapa gergasi teknologi akhir minggu ini.
"Walaupun aktiviti memburu saham murah mungkin muncul berikutan kemerosotan semalam, kami menjangkakan sentimen pelabur masih kekal berhati-hati dan pergerakan menaik untuk FBM KLCI dilihat terbatas sekitar paras 1,600 buat masa ini.
"Namun begitu, kami tetap yakin dengan sektor bertemakan pemulihan berikutan penurunan kes harian COVID-19," kata firma itu dalam nota hari ini.
Bagi komoditi, firma itu berkata harga minyak mentah berlegar melebihi paras US$100, manakala niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO) diniagakan melepasi paras RM6,200 satu tan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok tiga sen kepada RM8.92, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.72, kedua-dua Petronas Chemicals dan IHH Healthcare lebih tinggi sebanyak 14 sen kepada RM10.26 dan RM6.70 dan CIMB naik empat sen kepada RM5.20.
Antara saham aktif, Yong Tai dan South Malaysia Industries tidak berubah, masing-masing pada 10.5 sen dan 34.5 sen, Techna-X rugi setengah sen menjadi 10.5 sen, manakala Siab naik setengah sen kepada 22 sen dan KPower meningkat dua sen kepada 56.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 memperoleh 80.04 mata kepada 11,101.69, Indeks FBM Emas mengembang 81.33 mata menjadi 11,446.93, Indeks FBM Emas Syariah meraih 103.76 mata kepada 12,045.83, FBM 70 naik 94.63 mata kepada 13,637.69 dan FBM ACE mengembang 43.76 mata kepada 5,626.67.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.17 mata kepada 211.29, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 82.68 mata kepada 16,825.23 dan Indeks Perladangan lebih tinggi sebanyak 26.66 mata kepada 8,874.25.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.67 mata kepada 1,601.65. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.