KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan pagi Rabu apabila pelabur terus membeli saham-saham berkaitan tenaga, produk dan perkhidmatan perindustrian serta perbankan.
Harga minyak yang kembali melantun selain kebimbangan terhadap krisis perbankan di Amerika Syarikat dan Eropah yang kian mereda menyumbang kepada sentimen yang lebih baik di pasaran tempatan.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.4 mata kepada 1,413.49 daripada 1,409.09 semalam selepas dibuka rendah pada paras 1,407.48, turun 1.61 mata.
Pergerakan harga di pasaran juga positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 151 berbalas 100, manakala 196 kaunter tidak berubah, 1,844 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 117.52 juta unit bernilai RM46.82 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI akhirnya mencecah paras 1,400 disokong oleh belian berasaskan luas yang kukuh membabitkan saham-saham mewah.
"Kami turut berpendapat minat akan tertumpu kepada saham perbankan yang telah menyaksikan aktiviti jualan sejak akhir-akhir ini selain saham minyak dan gas kerana harga minyak mentah terus meningkat ekoran inventori yang lebih rendah. Minyak mentah Brent kini bergerak ke aras US$80 setong, " katanya.
Selain itu, komitmen China untuk terus membuka ekonominya kepada pelabur asing juga bersedia untuk meningkatkan sentimen di dalam negara.
Sementara itu, Press Metal terus mendahului saham wajaran tinggi, meningkat 11 sen kepada RM4.94 manakala IHH menambah sembilan sen kepada RM5.84 dan CIMB naik enam sen menjadi RM5.27.
Maybank, CelcomDigi, IOI dan AMMB masing-masing menokok tiga sen untuk mencatatkan harga RM8.54 , RM4.32, RM3.76 dan RM3.66.
Antara saham aktif, Hong Seng Consolidated, Dataprep dan Mestron masing-masing susut setengah sen kepada 11 sen, 18.5 sen dan 39.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.73 mata kepada 10,327.64, Indeks FBMT 100 meningkat 25.38 mata menjadi 10,026.21 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 20.44 mata kepada 10,639.73.
Indeks FBM 70 meningkat 9.68 mata kepada 13,299.22 tetapi Indeks FBM ACE turun 23.38 mata kepada 5,182.13.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 48.78 mata kepada 15,609.17, Indeks Tenaga menambah 4.90 mata menjadi 818.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengembang 0.70 mata kepada 168.70 manakala Indeks Perladangan susut 29.08 mata kepada 6,685.66.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.4 mata kepada 1,413.49 daripada 1,409.09 semalam selepas dibuka rendah pada paras 1,407.48, turun 1.61 mata. -Gambar fail/Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.