KUALA LUMPUR: Dagangan di Bursa Malaysia menyusut sedikit pada sesi permulaan urus niaga pagi Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street selepas sentimen terjejas oleh kegagalan rundingan gencatan senjata antara Rusia dan Ukraine, kata seorang peniaga.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.65 mata kepada 1,573.88 berbanding 1,580.53 pada penutupan Khamis.
Indeks utama dibuka rendah 5.39 mata pada 1,575.14.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 198 berbalas 108, manakala 173 kaunter tidak berubah, 1,823 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 89.42 juta unit bernilai RM65.39 juta.
Menurut Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Purata Perindustrian Dow Jones (Purata DJI) kehilangan 112 mata manakala Nasdaq merosot sebanyak 125 mata.
"Dengan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bermula minggu depan, hasil 10 tahun Amerika Syarikat meningkat lebih tinggi kepada hampir 2.0 peratus," katanya kepada Bernama.
Di pasaran tempatan, beliau berkata sentimen pelabur mungkin kekal berhati-hati dalam keadaan turun naik pasaran yang semakin ketara, justeru, ia menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam aliran julat antara 1,570-1,590 hari ini.
Sementara itu, beliau menambah minyak sawit mentah terus meningkat melepasi paras RM7,700 sementara minyak mentah Brent susut di bawah paras US$110 setong.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank lemah tiga sen kepada RM4.41, Press Metal susut 13 sen kepada RM6.42, Hong Leong Bank turun 18 sen kepada RM19.98, dan Dialog Group kerugian empat sen kepada RM2.17.
Bagaimanapun, Petronas Chemicals menokok tujuh sen kepada RM9.69.
Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum turun empat sen kepada RM1.16, Capital A susut tiga sen kepada 63 sen, Dagang NeXchange menguncup lima sen kepada 99.5 sen, manakala SMTrack menambah setengah sen kepada 10.5 sen dan Pertama Digital kekal pada 82.5 sen .
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 39.49 mata kepada 11,128.49, Indeks FBMT 100 turun 39.28 mata kepada 10,836.20, dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 30.48 mata kepada 11,765.86.
Indeks FBM 70 pula jatuh 18.45 mata kepada 13,006.67 dan FBM ACE susut sebanyak 6.50 mata kepada 5,227.55.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.98 mata kepada 203.61, Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih rendah 69.81 mata kepada 16,276.57, manakala Indeks Perladangan meningkat 8.01 mata kepada 8,526.89.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022

Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.65 mata kepada 1,573.88. - Foto fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.