Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Britain tidak terganggu selepas Brexit, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
"Seperti mana anda tahu, kami mempunyai beberapa syarikat Britain yang melabur di sini, termasuk Rolls Royce, yang bekerjasama dengan Kumpulan UMW untuk membuka kemudahan baharu di sini beberapa bulan lagi.
"Kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat (berpangkalan di Britain) melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (mengenai kemungkinan pelaburan).
"Kami tidak nampak sebarang gangguan pelaburan atau perdagangan (dengan Britain)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan panel mengenai 'Malaysia-Britain, Rakan Kongsi Dunia Selepas Brexit' di sini, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Perdagangan Antarabangsa United Kingdom, Dr Liam Fox berkata, sesetengah orang meramalkan keputusan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) akan menyebabkan bencana ekonomi kepada negara itu.
"(Tetapi) apa yang berlaku ialah negara kami terus berkembang dengan kukuh, data pengangguran kami terus jatuh manakala data pekerjaan kini pada paras tertinggi dalam sejarah.
"Kami juga menyaksikan peningkatan keyakinan pengguna dan perbelanjaan pengguna kerana asas ekonomi kami kekal sama (selepas Brexit)," katanya.
Jika ada sesuatu berlaku selepas Brexit, kata Fox, ialah Britain kini menjadi tempat lebih menarik untuk pelaburan berbanding sebelum Brexit.
"Lebih menarik, sebahagian angka sementara menunjukkan pelaburan langsung asing kami tetap kukuh sejak referendum tersebut.
"Jangan baca ramalan perkara buruk akan berlaku, pergi dan lihat ekonomi sebenar kerana ia akan memberi jawapan tepat kepada apa yang sedang berlaku.
"Ada golongan yang tidak mahu Britain keluar daripada EU dan sesetengahnya tidak mahu kami berjaya dalam usaha ini (Brexit), tetapi kami telah berjaya kerana kami mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan kami seiring dengan globalisasi Eropah serta pelbagai peluang yang dihasilkannya," tambah Fox. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017

MUSTAPA: "Kami sedang berbincang dengan beberapa syarikat melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Kami tidak nampak sebarang gangguan pelaburan atau perdagangan." - Gambar fail
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.

Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.

Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.

Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.

Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.

Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.