KUALA LUMPUR: Subsidiari Toyota Motor Corporation, Daihatsu Motor Co Ltd telah menangguh sementara penghantaran semua model yang sedang dalam pengeluaran, di Jepun dan di luar negara berikutan penemuan isu keselamatan.
Kumpulan itu berkata Daihatsu telah mentauliahkan siasatan kepada jawatankuasa pihak ketiga bebas berhubung isu prosedur dan mendapati masalah pada 174 item dalam 25 kategori ujian, di samping ketidakteraturan lapisan pintu pada April termasuk semasa ujian perlanggaran sisi pada Mei lepas.
Pengeluar kereta itu melalui satu kenyataan pada Rabu berkata ini merangkumi sejumlah 64 model serta tiga enjin kenderaan daripada keseluruhan model yang sedang dihasilkan, dibangunkan atau dihentikan pengeluaran termasuk 22 model dan satu enjin yang dijual oleh Toyota.
"Kami memohon maaf atas kesulitan dan kebimbangan yang tercetus ke atas semua pihak berkepentingan, termasuk pelanggan.
"Sebagai tindak balas kepada penemuan ini, Daihatsu Toyota juga telah memutuskan untuk menangguhkan sementara penghantaran model yang terjejas," katanya.
Daihatsu telah menjalankan ujian kenderaan termasuk pengesahan teknikal yang dibuat secara dalaman untuk kenderaan yang terkait bagi memastikan keselamatan dan prestasi persekitaran mereka memenuhi piawaian undang-undang.
Kumpulan itu juga menjelaskan pada peringkat akhir penyiasatan, didapati unit kawalan beg udaranya (ECU) adalah berbeza daripada model pengeluaran besar-besaran yang dipakai bagi ujian beg udara untuk Daihatsu Move/Subaru Stella, Daihatsu Cast/Toyota Pixis Joy, Daihatsu Gran Max/Toyota Town Ace/Mazda Bongo.
"Walaupun pengesahan teknikal mendapati bahawa beg udara itu memenuhi piawaian prestasi perlindungan penumpang, semasa diuji, 'standard prestasi keselamatan untuk penumpang keluar (membuka kunci)' dalam ujian perlanggaran sisi Daihatsu Cast/Toyota Pixis Joy mungkin tidak mematuhi keperluan perundangan.
"Pada masa ini, kami tidak mengetahui sebarang maklumat kemalangan berkaitan perkara tersebut tetapi kami sedang menjalankan pengesahan teknikal yang menyeluruh dan menyiasat punca untuk mengambil langkah yang perlu secepat mungkin," kata kumpulan itu.
Dalam perkembangan lain, kumpulan itu telah mengesahkan bahawa piawaian prestasi yang ditetapkan oleh peraturan itu telah dipenuhi serta kesahihan keputusan dan proses pengesahan juga telah disahkan oleh TUV Rheinland Japan (TRJ), sebuah organisasi pensijilan pihak ketiga.
Toyota juga mengumumkan bahawa pensijilan nereka merangkumi keperluan bagi pihak berkuasa kebangsaan untuk memeriksa dan mengesahkan bahawa kenderaannya memenuhi pelbagai piawaian supaya pelanggan boleh memandu kenderaan mereka dengan tenang.
"Kami menganggap pensijilan ini sebagai prasyarat utama untuk menjalankan perniagaan sebagai pengeluar kereta . Kami menyedari betapa beratnya kesan apabila pengabaian Daihatsu terhadap proses ensijilan telah menggoyahkan asas syarikat sebagai pengeluar kereta," katanya.
Toyota berkata sejak 2013, ia telah meningkatkan bilangan model pengeluar peralatan asal (OEM) yang diterima daripada syarikat lain, terutamanya kenderaan kompak dan amat kesal kerana pembangunan kenderaan ini mungkin membebankan Daihatsu dan kumpulan itu tidak menyedari situasi yang membabitkan operasi pensijilan syarikat.
"Daihatsu telah memaklumkan kepada kami bahawa, pada masa hadapan, ia akan menjelaskan keadaan itu dengan pihak berkuasa dan mengambil tindakan sewajarnya di bawah bimbingan mereka. Ia juga akan menyiasat dengan teliti sama ada terdapat sebarang kes serupa yang lain untuk memastikan keselamatan pelanggan menjadi keutamaan. Kami di Toyota juga akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan ini," kata kumpulan itu lagi.
Toyota berkata untuk mengelakkan isu yang sama berulang, sebagai tambahan kepada kajian semula operasi pensijilan, pembaharuan asas diperlukan bagi memperbaharui Daihatsu sebagai sebuah syarikat.
"Ini akan menjadi tanggungjawab yang sangat penting yang tidak mungkin dicapai dalam sekelip mata. Ia memerlukan bukan sahaja semakan pengurusan dan operasi perniagaan tetapi juga semakan organisasi termasuk struktur, serta perubahan dalam pembangunan sumber manusia dan kesedaran setiap pekerja.
"Toyota akan memberikan sokongan penuh kepada pemulihan Daihatsu supaya ia boleh kembali ke akar umbinya sebagai 'syarikat mobiliti kompak' yang sentiasa menjadi asas Toyota dan Daihatsu, serta mendapatkan semula kepercayaan semua pihak berkepentingan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 20 2023
![Daihatsu tangguh penghantaran semua model susulan isu keselamatan Daihatsu tangguh penghantaran semua model susulan isu keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703084623_Daihatsu.jpg)
Daihatsu telah mentauliah siasatan kepada jawatankuasa pihak ketiga bebas berhubung isu prosedur dan mendapati masalah pada 174 item dalam 25 kategori ujian.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703238697_Toyota.jpg)
UMW Toyota jamin ketelusan susulan ketidakaturan prosedur Daihatsu
UMW Toyota Motor Sdn Bhd bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kawal selia untuk menangani ketidakaturan prosedur baru-baru ini dalam ujian model oleh Daihatsu Motors.
![Perodua Axia baharu tidak terjejas dengan ketidakaturan prosedur ujian Daihatsu Perodua Axia baharu tidak terjejas dengan ketidakaturan prosedur ujian Daihatsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682861021_peroduaaxia.jpg)
Perodua Axia baharu tidak terjejas dengan "ketidakaturan prosedur" ujian Daihatsu
Perodua Axia baharu selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat.
![Daihatsu sahkan berunding dengan Dreamedge untuk kereta nasional ketiga Daihatsu sahkan berunding dengan Dreamedge untuk kereta nasional ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71571814605_TBDAIHATSU.jpg)
Daihatsu sahkan berunding dengan Dreamedge untuk kereta nasional ketiga
Gergasi pengeluar kenderaan Jepun, Daihatsu Motor Co Ltd mengesahkan sudah berhubung dengan syarikat kejuruteraan Malaysia, Dreamedge bagi membangunkan kereta nasional ketiga negara.
![Perodua optimis capai sasaran jualan 205,000 unit tahun ini disokong model Axia Perodua optimis capai sasaran jualan 205,000 unit tahun ini disokong model Axia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71446557047_aminarrashid.jpg)
Perodua optimis capai sasaran jualan 205,000 unit tahun ini disokong model Axia
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis mencapai sasaran jualan sebanyak 205,000 unit kenderaan pada akhir tahun ini di sebalik situasi mencabar dalam industri automotif sekarang.
![Daihatsu perkenal 4 kereta konsep pada Pertunjukan Motor Tokyo 2015 Daihatsu perkenal 4 kereta konsep pada Pertunjukan Motor Tokyo 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/41446043859_daihatsu.jpg)
Daihatsu perkenal 4 kereta konsep pada Pertunjukan Motor Tokyo 2015
Daihatsu Co Ltd (Daihatsu) buat pertama kalinya mempertontonkan empat model kereta konsep terbarunya di Pertunjukan Motor Tokyo 2015 yang bermula hari ini.