Kerajaan hari ini memutuskan untuk meneruskan Dasar Permit Import (AP) Terbuka bagi kenderaan import terpakai tetapi dengan beberapa penambahbaikan.
Dasar baharu itu akan berkuatkuasa mulai 1Januari 2017 bagi membolehkan syarikat sedia ada mematuhi syarat ditetapkan.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambilkira pandangan pelbagai pihak serta kajian menyeluruh mengenai dasar tersebut.
Antara penambahbaikan itu ialah memberi peluang kepada syarikat Bumiputera baharu yang layak dan mematuh igaris panduan ditetapkan untuk turut terlibat dalam perniagaan ini.
Menurutnya, dasar ini juga akan mengambil kira komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Selain itu, kerajaan juga akan melaksanakan program bersesuaian dengan menggunakan sebahagian kutipan fi AP Terbuka bagi memanfaatkan orang ramai.
Selaras dengan penambahbaikan ini juga, juru audit bertauliah bebas akan dilantik untuk menjalankan pengauditan ke atas semua syarikatyang menjalankan perniagaan ini.
Ini bagi memastikan syarikat-syarikat berkenaan mematuhi semua garis panduan dasar baharu AP Terbuka dan kerajaan akan tegas dalam melaksanakan audit tersebut, jelas MITI.
Menurut MITI, kajian Dasar AP Terbuka yang telah dilaksanakan meliputi analisis kesan, sumbangan dan implikasi kepada pembangunan industri automotif, sosio-ekonomi negara dan dasar kerajaan yang berkaitan.
Kajian tersebut dengan penglibatan syarikat perunding telah dijalankan selama enam bulan dan mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk penggiat industri,persatuan pengguna, NGO serta ahli politik.
Ia mencadangkan supaya dasar AP Terbuka diteruskan kerana ia membolehkan orang ramai membeli kereta import terpakai pada harga yang kompetitif.
Selain itu, katanya, industri pengedaran dan pengimportan kereta import terpakai memberi sumbangan besar kepada industri automotif dan sosio ekonomi negara.
Antaranya sumbangan kepada industri sokongan dan sektor perkhidmatan seperti bank, insurans, perkapalan dan logistik yang berjumlah RM450 juta setahun.
Pengimportan dan pengedaran kereta terpakai juga telah menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi secara langsung kepada 3,800 orang.
Melalu idasar ini kerajaan dapat memperoleh hasil kira-kira RM2.0 bilion setahun menerusi kutipan cukai dan fi.
Kajian tersebut juga mendapati dasar ini menyumbang sebanyak 5.0 peratus daripada 36 peratus ekuiti Bumiputera dalam sektor automotif.
Kata MITI, keputusan mengekalkan Dasar AP Terbuka juga dibuat bagi membolehkan orang ramai terus berpeluang membeli kereta import mewah dan sederhana mewah terpakai dengan harga kompetitif.
Sekiranya dasar ini dimansuhkan, penyertaan ekuiti Bumiputera dalam sektor automotif juga akan menurun kepada 31 peratus, katanya.
Bernama
Wed Dec 23 2015

Dasar baharu itu akan berkuatkuasa mulai 1Januari 2017 bagi membolehkan syarikat sedia ada mematuhi syarat ditetapkan. - Gambar Hiasan

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Dasar AP Terbuka mulai 1 Julai 2024, beri manfaat kepada lebih ramai usahawan bumiputera
Mana-mana syarikat bumiputera, termasuk yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan

Sembilan syarikat disenarai hitam terlibat penyelewengan AP kenderaan
Kementerian ini sejak 2009 telah melaksanakan audit pematuhan secara berkala, bagi memastikan isu penyalahgunaan AP dapat diselesaikan.

Dasar AP Terbuka diteruskan dengan penambaikan berkuatkuasa 1 Januari 2017
Kerajaan hari ini memutuskan untuk meneruskan Dasar Permit Import (AP) Terbuka bagi kenderaan import terpakai tetapi dengan beberapa penambahbaikan.