KUALA LUMPUR: Memelihara kestabilan kewangan negara kekal menjadi keutamaan Bank Negara Malaysia (BNM) berikutan keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2% selepas hampir dua tahun berada pada kadar terendah 1.75% sejak Julai 2020.
Presiden Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, jelas BNM memberi tumpuan untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Ini terutamanya kata beliau, melihat kepada kedudukan luaran Malaysia yang kukuh dan sistem perbankan yang berdaya tahan yang membolehkan ekonomi menghadapi sebarang kejutan luaran.
“Memandangkan ekonomi domestik berkembang pada landasan yang lebih kukuh, kami menjangkakan tahap akomodasi monetari akan dikurangkan secara berhati-hati dan beransur-ansur, terutamanya dalam persekitaran kestabilan harga,” ujar beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Aria berkata, sebagai peneraju utama Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) di negara ini yang diberi mandat untuk memupuk dan membangunkan PKS di Malaysia, SME Bank akan terus menyokong PKS melalui pelbagai program pembiayaan dan pembangunannya yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan PKS.
Secara khusus kata beliau, melalui SME Bank Relief Program, pelanggan Bank daripada sektor pelancongan dan pengangkutan awam telah menerima moratorium selama 24 bulan dari Oktober 2020 hingga September 2022 dengan lanjutan tempoh kumulatif / tempoh pembiayaan sehingga 60 bulan.
Bantuan diberikan dalam bentuk penangguhan pembayaran prinsipal dan kadar keuntungan pembiayaan. Usaha ini telah banyak membantu usahawan dalam menguruskan keperluan kewangan mereka untuk mengekalkan perniagaan.
Ketua Pegawai Risiko Kumpulan SME Bank, Mohammad Azam Ahmad, yang menyelia kredit, pasaran, mudah tunai dan pengurusan operasi risiko berkata, “Melalui pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kerajaan untuk memulihkan ekonomi ketika negara memasuki tahap endemik, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5% pada S1 2022 berbanding 3.6% pada S4 2021.
Menurutnya, ia disokong oleh permintaan dalam negeri yang bertambah baik kerana aktiviti ekonomi terus pulih seiring dengan pelonggaran langkah pembendungan serta pertumbuhan eksport yang kukuh.
Peningkatan itu juga mencerminkan pemulihan dalam pasaran pekerjaan, dengan kadar pengangguran terus menurun kepada 4.1% (S4 2021: 4.3%), didorong oleh penyertaan buruh dan prospek pendapatan yang lebih baik.”
“Aktiviti ekonomi dijangka bertambah kukuh apabila kesan positif peralihan kepada fasa endemik terus dialami oleh semua sektor ekonomi, terutamanya dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa.
”Daripada segi penawaran, sektor perkhidmatan dan pembuatan terus memacu pertumbuhan ekonomi, masing-masing berkembang sebanyak 6.5% dan 6.6%,” ujar beliau.
Walau bagaimanapun, tekanan inflasi telah meningkat dengan mendadak berikutan kenaikan harga komoditi, rantaian bekalan yang tegang dan keadaan permintaan yang kukuh, terutamanya di AS.
Beberapa buah bank pusat telah mengetatkan tetapan dasar monetari mereka pada kadar yang lebih pantas untuk mengurangkan tekanan inflasi.
Pada Mac 2022, inflasi utama Malaysia tidak berubah pada 2.2% manakala inflasi teras meningkat sehingga 2.0% (Feb: 1.8%).
Ini mencerminkan pelarasan harga di tengah-tengah kos yang lebih tinggi dan keadaan permintaan yang bertambah baik, dengan kenaikan harga menjadi lebih ketara khususnya untuk barangan makanan disebabkan faktor berkaitan bekalan seperti harga komoditi global yang lebih tinggi.
Walaupun dalam keadaan positif pada masa ini, kita tidak boleh mengabaikan risiko penurunan pertumbuhan yang disebabkan oleh pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang semakin meningkat, gangguan rantaian bekalan yang semakin teruk, perkembangan buruk berkenaan COVID-19 dan peningkatan turun naik pasaran kewangan.
Sehingga kini, SME Bank telah meluluskan pembiayaan bernilai lebih RM38 bilion kepada lebih 21,000 PKS.
Selain bantuan kewangan, sokongan juga diberikan dalam bentuk pembinaan kapasiti dan keupayaan usahawan oleh anak syarikat SME Bank, Centre for Entrepreneur Development and Research Sdn. Bhd. (CEDAR). CEDAR telah melatih lebih 62,000 orang peserta melalui pelbagai program pembangunan PKS.
Pelanggan SME Bank yang menghadapi kesukaran pada masa kini digalakkan untuk berhubung terus dengan Pengurus Perhubungan masing-masing untuk mendapatkan bantuan. – DagangNews.com
Dagang News
Wed May 18 2022
SME Bank akan terus menyokong PKS melalui pelbagai program pembiayaan dan pembangunannya yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan PKS. -Foto DagangNews
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
BEP SME Bank jana lebih RM192 juta jualan eksport pasaran global
BEP adalah program intervensi berstruktur yang digerakkan oleh KUSKOP dan SME Bank sebagai agensi pelaksana.
Belanjawan 2025: SME Bank sambut baik 10 inisiatif strategik RM1.17 bilion
Inisiatif-inisiatif tersebut adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkasakan lagi daya tahan ekonomi negara serta memupuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif.
Aria Putera akhiri kontrak perkhidmatan, Muhammad Hardee pemangku Presiden, CEO SME Bank mulai 3 Sept
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank, Aria Putera Ismail akan meninggalkan organisasi itu selepas tamat tempoh perkhidmatannya untuk mengejar peluang baharu.
Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.
Program iTEKAD ISHRAF: SME Bank sasar bimbing 400 usahawan asnaf
SME Bank telah melancarkan program iTEKAD ISHRAF untuk membimbing 400 orang usahawan Asnaf, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan enam rakan strategik program.
Pengekalan OPR 2.75 peratus tanda inflasi akan berkurangan pada 2023
SME Bank komited untuk mendukung mandatnya dalam memberi perkhidmatan kepada PKS bagi memenuhi keperluan kewangan.
Program ISHRAF 2.0 berjaya rekod jualan terkumpul RM3.6 juta
Ia membolehkan program berkenaan memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan Asnaf di enam negeri berbanding edisi ISHRAF 1.0.
PKS dinasihat ambil tindakan perlu kekalkan perniagaan dalam persekitaran kenaikan kadar faedah
SME Bank menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan apa yang perlu untuk memastikan operasi dan perniagaan mereka terus berkembang di tengah-tengah kenaikan kadar faedah.
SME Bank tambah baik agenda ESG dalam operasi perniagaan
Penambahbaikan itu juga disumbang kejayaan bank tersebut menerbitkan Sukuk Kelestarian pertama bernilai RM500 juta pada tahun lepas.
Dasar Monetari BNM pastikan pertumbuhan mampan ekonomi negara - SME Bank
BNM memberi tumpuan untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.