KUALA LUMPUR: Defisit fiskal Malaysia dijangka meningkat antara 6.5 dan tujuh peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini berbanding enam peratus yang disasarkan sebelumnya, selepas mengambil kira pakej rangsangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan bersedia memperluas ruang fiskal sekiranya perlu untuk menyokong ekonomi dan rakyat.
"Kami mengalami defisit yang akan mencecah tujuh peratus. Ini bukan mengenai ukuran defisit, ia lebih kepada kemampuan untuk meminjam dan saiz (jumlah) rizab.
"Walaupun Malaysia diberi penarafan A, dari segi rizab fiskal, kami lebih kecil daripada negara-negara dengan penarafan A yang lain. Satu-satunya perbezaan ialah kami mempunyai prospek pertumbuhan yang kukuh," katanya dalam wawancara eksklusif dengan South China Morning Post (SCMP).
Menteri itu yang sebelum ini merupakan tokoh bank berkata negara mencatatkan defisit tertinggi pada tahun 2008-2009 (6.7-6.9 peratus).
Beliau berpendapat apa yang paling penting akhirnya, adalah sama ada negara memberikan sokongan yang mencukupi kepada rakyat.
"Saya merasakan bantuan yang diberikan kerajaan - apabila dilihat pada kekangan fiskal yang kami ada -- sudah memadai.
"Anda juga mesti lihat pada nisbah liputan perkhidmatan hutang kami dan juga pada kecairan/mudah tunai institusi domestik hari ini," tegasnya.
Ketika ditanya adakah kempen bendera putih yang dimulakan oleh rakyat menunjukkan bahawa pakej rangsangan kerajaan tidak berjalan lancar, Tengku Zafrul menyatakan ia percaya itu bukan sebabnya.
"Kami telah menangani beberapa masalah itu dengan memastikan semua perwakilan terpilih diberi peruntukan untuk menyokong kawasan pilihan raya masing-masing.
"Malah, kerajaan telah melancarkan program makanan dan telah bersama semua lapisan masyarakat, termasuk badan bukan kerajaan dan juga pihak pembangkang.
"Keadaan sekarang amat mencabar, dan anda mesti ingat bahawa ada segelintir masyarakat kami terutama golongan rentan yang masih memerlukan bantuan," katanya.
Menteri itu menambah bahawa kerajaan turut memasukkan suntikan fiskal langsung sebanyak RM10 bilion di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang bertujuan menyediakan bantuan menyeluruh kepada rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Zafrul berkata kerajaan bersedia memperluas ruang fiskal sekiranya perlu untuk menyokong ekonomi dan rakyat. - Gambar fail

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.