KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) dan syarikat Turki, FNSS Savunma Sistemleri AŞ (FNSS) pada Selasa bertukar perjanjian kerjasama (CA) untuk reka bentuk, pembangunan, fabrikasi, pembuatan, lokalisasi, pemasangan dan pembekalan kenderaan berperisai keluarga PARS FNSS kepada Kerajaan Malaysia.
Pertukaran dokumen tersebut telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Pavilion DEFTECH pada Defence Services Asia 2022 ke-17 (DSA 2022) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) di sini, yang berlangsung sehingga 31 Mac 2022.
DEFTECH diwakili oleh Ketua Pegawai Operasinya, Lt. Jeneral Datuk Hanafiah Jaafar, manakala FNSS diwakili Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kadir Nail Kurt.
DEFTECH telah bekerjasama dengan FNSS sejak 2011, bermula daripada pembekalan AV8 Gempita kepada Tentera Darat Malaysia.
Program AV8 Gempita dijangka akan berakhir tidak lama lagi, dengan penghantaran unit terakhir yang dijadualkan pada Disember 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DEFTECH, Fazley Ariffin berkata, kerjasama di bawah program AV8 Gempita telah mendorong DEFTECH ke arah memberi tumpuan kepada pengeluaran kenderaan perisai tempatan untuk industri pertahanan Malaysia.
“Kami telah bekerjasama dengan FNSS selama lebih 10 tahun dan telah membina hubungan yang kukuh dan membuahkan hasil. Kenderaan FNSS telah diterima baik oleh Tentera Darat Malaysia dan diiktiraf di peringkat global.
"Kami ingin meneruskan perkongsian kukuh pada masa hadapan dan kami berharap kerjasama ini akan membawa lebih banyak peluang kepada kedua-dua pihak,” katanya dalam satu kenyataan.
Fazley berkata, melalui kerjasama ini DEFTECH dan FNSS berusaha memanfaatkan keupayaan teras masing-masing untuk melengkapkan tentera Malaysia dengan kenderaan perisai yang disokong oleh kepakaran teknikal tempatan.
“Program AV8 Gempita adalah bukti pengalaman dan kemahiran tidak ternilai yang diperoleh melalui kerjasama ini. Ini telah membolehkan DEFTECH berkembang ke arah peningkatan pembuatan tempatan seterusnya akan meningkatkan lagi industri pertahanan Malaysia daripada segi kemahiran dan keupayaan," katanya.
Kurt pula berkata, kerjasama dengan DEFTECH telah terbukti berjaya dalam tempoh dua dekad, yang telah melibatkan pemindahan teknologi reka bentuk dan pembuatan kenderaan perisai di Malaysia. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Mar 30 2022

DEFTECH telah bekerjasama dengan FNSS sejak 2011, bermula daripada pembekalan AV8 Gempita kepada Tentera Darat Malaysia. - Facebook FNSS Savunma Sistemleri

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.

DEFTECH, FNSS Turki lanjut kerjasama bekal kenderaan perisai kepada Malaysia
DEFTECH telah bekerjasama dengan FNSS sejak 2011, bermula daripada pembekalan AV8 Gempita kepada Tentera Darat Malaysia.

Deftech bina bas elektrik SQC Malaysia yang pertama
Deftech, yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk membina 11 buah bas EV SQC.