KUALA LUMPUR: Berjaya Land Berhad telah diberikan lanjutan selama enam bulan hingga 22 Mac 2022 oleh Bursa Malaysia Securities Berhad untuk ia memenuhi kriteria pegangan saham awam sebagai sebuah syarikat tersenarai.
Menurut Berjaya Land, kelulusan itu dimaklumkan oleh Bursa Malaysia pada 22 September 2021 yang menetapkan syarikat perlu memenuhi jumlah pegangan saham awam sebanyak 20%.
Buat masa ini, pegangan saham awam Berjaya Land berada pada tahap 13.51%, masih berkurangan 6.49%.
“Pandemik COVID-19 yang berpanjangan dan langkah-langkah seterusnya termasuk sekatan perjalanan, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat serta ‘lockdown’ telah memberi impak terhadap operasi dan prestasi kewangan Kumpulan Berjaya Land.
“Oleh itu, syarikat akan terus meneroka sebarang kemungkinan pilihan dan mengambil langkah bersesuaian untuk mengenal pasti pelan pembetulan yang layak dan berkesan untuk mengatasi kekurangan dalam Penyebaran Awam yang Diluluskan.
“Ini akan berlaku seiring situasi COVID-19 yang stabil dan penambahbaikan dalam persekitaran ekonomi,” jelas Berjaya Land kepada Bursa Malaysia.
Sebelum ini, Bursa Malaysia telah memberi tempoh lanjutan selama enam bulan kepada Berjaya Land untuk memenuhi kriteria pegangan saham awam pada kadar 20%, di mana sepatutnya berakhir semalam.
Sebagai rekod, Berjaya Land merupakan anak syarikat kepada Berjaya Corporation Berhad dan salah satu kumpulan syarikat hartanah terbesar di Malaysia.
Pada suku keempat tahun kewangan 2021 (4QFY21) yang berakhir 30 Jun lalu, Berjaya Land menyaksikan kerugian bersihnya mengembang kepada RM126.34 juta daripada RM108.54 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.
Setakat 2.19 petang, harga saham Berjaya Land menyusut 0.5 sen kepada 25 sen.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Sep 24 2021

Berjaya Land Berhad telah diberikan lanjutan selama enam bulan hingga 22 Mac 2022 oleh Bursa Malaysia Securities Berhad untuk ia memenuhi kriteria pegangan saham awam sebagai sebuah syarikat tersenarai.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.