Pada Sabtu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dua dividen berbeza buat pertama kali dalam sejarah kumpulan itu.
Badan tersebut mengisytiharkan dividen 6.9% bagi Simpanan Konvensional dan 6.4% bagi Simpanan Syariah, yang juga dividen tertinggi pernah diumumkan sejak penubuhan KWSP pada 1951.
Ini melibatkan pembayaran sebanyak RM44.15 bilion bagi Simpanan Konvensional dan RM3.98 bilion bagi Simpanan Syariah.
Tetapi ramai yang tertanya, mengapa dividen Simpanan Konvensional melebihi Simpanan Syariah?
"Aset Syariah tidak terdedah kepada sistem perbankan konvensional global seperti bank-bank global dan syarikat insurans global.
"Sektor inilah yang mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2017," kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan dalam satu sidang media hari ini.
Beliau berkata, sebilangan besar bank global tidak mempunyai model kewangan patuh syariah justeru, pulangan pelaburan dari sektor ini tidak boleh disalurkan ke dalam dividen Simpanan Syariah.
"Banyak susut nilai yang berlaku adalah pada saham patuh Syariah , terutamanya saham syarikat minyak dan gas serta telekomunikasi, khasnya di Bursa Malaysia," tambahnya.
BACA: Ini sebab kenapa dividen KWSP tertinggi sejak 1997
Sambutan Simpanan Syariah perlahan?
Sejak diumumkan pada Jun 2016, 705,485 orang pencarum telah memilih untuk menukar simpanan mereka ke Simpanan Syariah, dari kira-kira 14 juta jumlah pencarum KWSP.
Dari RM100 bilion yang dikhasnya untuk Simpanan Syariah, hanya RM68 bilion telah dilanggan sejak 20 bulan lalu.
“Sebenarnya sambutan ini selaras dengan jangkaan kami. Kami menyediakan RM100 bilion pada 2016 sebagai langkah bersedia sekiranya permintaan jauh melebihi jangkaan kami,” kata Shahril.
Katanya selepas Simpanan Syariah diperkenalkan, KWSP mendapati wujudnya dua golongan pencarum yang mempunyai dua keutamaan tersendiri.
“Sewaktu ia mula dilancarkan, kumpulan 700 ribu orang yang menukar ke Simpanan Syariah ini adalah mereka yang menitikberatkan konsep patuh Syariah.
“Mereka tidak begitu risau dengan jumlah dividen, mereka hanya mahukan produk yang patuh Syariah,” katanya.
Dividen lebih rendah dan kesan sentimen terhadap Simpanan Shariah
Shahril menjangka pengumuman dividen 6.4% ini akan mendorong sebilangan pencarum menukar simpanan mereka ke Simpanan Syariah.
“Sambutan perlahan (bagi Simpanan Syariah) ini mungkin disebabkan pencarum yang menanti pengumuman dividen Syariah buat kali pertama, sebelum membuat keputusan untuk menukar kategori simpanan mereka,” katanya.
Malah katanya, sejak pengumuman dividen pada Sabtu, kaunter KWSP di Pantai Timur dan Lembah Klang menerima kunjungan lebih ramai pencarum yang ingin menukar simpanan mereka ke Simpanan Syariah.
“Kami harap dengan pengumuman dividen pertama Syariah ini, golongan atas pagar yang ingin memiliki produk Shariah tetapi menitikberatkan dividen, akan mula melihat bahawa dividen Shariah sebenarnya baik dan mereka akan mula menukar simpanan mereka,” katanya.
BACA: Pembayaran dividen tinggi KWSP tiada kaitan pilihan raya - Salleh
BACA: Dividen tertinggi KWSP bukti pelaburan di Amerika Syarikat bijak - Khairul Azwan
BACA: Kadar dividen tinggi KWSP hasil pelaburan, pengurusan baik - Najib
BACA: Ini sebab kenapa dividen KWSP tertinggi sejak 1997
Luqman Hariz
Mon Feb 12 2018
KWSP pada Sabtu mengumumkan dua dividen berbeza buat pertama kali dalam sejarahnya. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.
Belanda kurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela
Belanda memutuskan untuk mengurangkan separuh bilangan diplomat Venezuela di negara itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Caracas.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan kepada 120 rumah warga emas
McDonalds Malaysia mengunjungi 120 rumah kebajikan untuk membawa kegembiraan Tahun Baru Cina ini.
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Sekatan eksport cip AI oleh AS: Ini fakta anda perlu tahu
Peraturan ini mengawal aliran cip AI dan teknologi AS yang diperlukan untuk aplikasi AI yang paling canggih.
Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis.
Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu.
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 3.48 mata kepada 1,604.29 daripada paras 1,600.81.