Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan dividen realistik bagi 2016 pada hujung minggu ini yang seiring dengan keadaan persekitaran pasaran bagi pelaburan dana.
Kelemahan pasaran ekuiti serta harga komoditi yang rendah, ternyata menyuramkan perniagaan yang akan dicerminkan menerusi "pembayaran dividen yang kurang menggalakkan."
KWSP ternyata tidak terkecuali dan menyamai nasib beberapa institusi dana utama lain yang gagal mengulangi pulangan sebelum ini berikutan hala tuju ekonomi yang tidak mencatat banyak perubahan sejak kemelut global pada 2008.
Bagaimanapun, pendirian dana persaraan utama Malaysia itu yang kekal komited terhadap sasaran memberi dividen sekurang-kurangnya dua peratus melepasi kadar inflasi untuk tempoh tiga tahun, ternyata melegakan kalangan pencarum.
Keberkesanan strategi pelaburan KWSP juga menjadi panduan membantu dana berkenaan melaksanakan Peruntukan Aset Strategik (SAA) bagi menjana pendapatan sewajarnya biarpun dalam senario turun naik pasaran.
Keadaan pasaran itu dijejaskan oleh pengaliran keluar modal ke ekonomi negara-negara maju, kelemahan tukaran asing dan perkembangan geopolitik seperti tindakan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) serta keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.
Malah, senario mencabar itu turut dialami dana-dana lain.
Ini termasuk Amanah Saham Nasional di bawah Permodalan Nasional Bhd yang mencatat agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit pada 2016 berbanding 6.10 sen, sebelum ini.
Tabung Haji juga tidak terkecuali apabila mengumumkan agihan bonus tahunan sebanyak 4.25 peratus dan bonus tambahan 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016 berbanding bonus 5.0 peratus dan tambahan bonus haji 3.0 peratus bagi 2015.
Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Maybank Investment Bank Group, Suhaimi Ilias berkata persekitaran mencabar itu terbukti memberi impak ke atas perniagaan.
"Kita perlu akur bahawa persekitaran pelaburan yang mencabar, baik di peringkat tempatan mahupun global pada tahun lepas terbukti mempengaruhi pengumuman dividen oleh PNB serta Tabung Haji," katanya kepada Bernama.
Bagi KWSP, beliau percaya dana persaraan itu sememangnya menjangkakan perkembangan berkenaan apabila menyasarkan untuk mengumumkan dividen 2-3 peratus melepasi kadar inflasi yang mencecah 2.1 peratus pada tahun lepas.
Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pula berkata: "Kita perlu realistik dengan hasil pelaburan KWSP."
Beliau turut membangkitkan keadaan yang menyaksikan petunjuk utama FBM KLCI mencecah 1,641.73 mata pada akhir 2016 iaitu penurunan tiga peratus berbanding akhir 2015 manakala pulangan Sekuriti Kerajaan meningkat di semua peringkat pada 2016 yang menunjukkan penyusutan harga bon.
"Sehubungan itu, kelas aset tradisional berdepan tempoh mencabar pada 2016 dan seharusnya memberi gambaran mengenai kadar dividen untuk 2016," katanya.
Menurut Afzanizam, KWSP juga dari semasa ke semasa bertindak mempelbagaikan portfolionya merangkumi kelas aset lain seperti ekuiti swasta, hartanah serta pelaburan luar negara.
Justeru, beliau yakin strategi sedemikian dapat mengurangkan risiko terhadap portfolio KWSP berdasarkan instrumen pelaburan tradisional yang goyah dan tidak menentu.
"Apa pun keadaannya, KWSP akan terus mengamalkan strategi pelaburan secara berhemat yang bertepatan dengan risikonya.
"Pada masa sama, amat penting bagi KWSP untuk membuat persiapan wajar bagi berdepan sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kedudukan pelaburannya.
"Prinsip sedemikian harus diutamakan dalam usaha menerapkan keyakinan orang ramai (terhadapnya)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, apa pun keadaannya, KWSP akan terus mengamalkan strategi pelaburan secara berhemat yang bertepatan dengan risikonya.
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Dividen realistik KWSP sejajar keadaan ekonomi
Kelemahan pasaran ekuiti serta harga komoditi yang rendah, ternyata menyuramkan perniagaan yang akan dicerminkan menerusi "pembayaran dividen yang kurang menggalakkan."