KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM70.80 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 (S3 2023) daripada RM143.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil turut merosot kepada RM4.0 bilion berbanding RM4.54 bilion sebelumnya, terutamanya daripada sektor automotif, aeroangkasa dan pertahanan, serta perniagaan pos, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Bagi tempoh sembilan bulan kumulatif berakhir 30 Sept, 2023, keuntungan bersih DRB-Hicom susut kepada RM212.42 juta daripada RM287.77 juta, manakala hasil meningkat kepada RM12.08 bilion berbanding RM11.16 bilion dalam tempoh yang sama setahun lalu.
Ia berkata prestasi kumpulan pada sembilan bulan 2023 didorong oleh sektor automotif, yang mencatatkan peningkatan 9.4 peratus dalam hasil berbanding tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya daripada Proton serta syarikat-syarikat pengedaran automotif DRB-Hicom, dan syarikat pembuatan serta kejuruteraan.
Proton meneruskan peningkatan dalam jualannya sebanyak 14.1 peratus atau 116,832 unit pada sembilan bulan 2023.
Proton Saga kekal sebagai model terlaris dengan 51,484 unit telah dihantar, diikuti oleh kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dan Persona, dengan prestasi jualan kumulatif sebanyak 43,574 unit.
Kenderaan tenaga baharu pertama Proton, SUV Proton X90 telah berjaya menarik jualan lebih 4,000 unit sejak dilancarkan pada Mei 2023.
Bagaimanapun, sektor aeroangkasa dan pertahanan mencatatkan hasil yang lebih rendah terutamanya disebabkan oleh penghantaran produk pertahanan yang lebih rendah, yang sebahagiannya diimbangi oleh penghantaran yang lebih tinggi bagi pesawat satu lorong dan komponen-komponen pesawat.
Sektor perbankan mencatatkan hasil yang lebih tinggi terutamanya disebabkan oleh pendapatan pembiayaan yang lebih tinggi diterajui oleh pertumbuhan dalam jumlah pembiayaan hasil daripada pertumbuhan yang mampan dan pangkalan pelanggan yang berkembang serta kenaikan Kadar Dasar Semalaman kepada 3.00 peratus dalam tempoh semasa.
Sektor perkhidmatan juga mencatatkan hasil yang lebih tinggi terutamanya daripada perniagaan katering dalam penerbangan dengan penyediaan jumlah makanan yang lebih banyak, serta hasil yang lebih tinggi daripada logistik automotif dan perniagaan marin.
Mengenai prospek, DRB-Hicom berkata kumpulan itu kekal teguh dalam melaksanakan strateginya untuk memacu perniagaan terus ke hadapan.
Dalam sektor automotif, Proton akan menembusi pasaran untuk kenderaan elektrik tempatan dengan menampilkan teknologi canggih dalam barisan produknya pada tahun-tahun akan datang.
Sektor-sektor perniagaan kumpulan yang lain, iaitu perbankan, aeroangkasa dan pertahanan, perkhidmatan dan hartanah akan kekal tertumpu kepada memelihara nilai dan mempergiatkan usaha kemampanan.
Sektor pos masih meneruskan perjalanan transformasinya, menekankan usaha pendigitalan untuk menyelaraskan operasi pos, menambah baik pengalaman pelanggan dan membangunkan potensi-potensi perniagaan baharu.
"Usaha-usaha yang dilakukan ini bertujuan mengukuhkan daya tahan dalam bertindak balas kepada keadaan pasaran yang mencabar. Kumpulan menjangkakan prestasi yang memuaskan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 23 2023

Hasil turut merosot kepada RM4.0 bilion berbanding RM4.54 bilion sebelumnya, terutamanya daripada sektor automotif, aeroangkasa dan pertahanan, serta perniagaan pos. - Gambar fail/FB @drbhicomfc

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.