KUALA LUMPUR: Ducati Malaysia menyasar untuk meningkatkan bahagian pasaran kepada 6.5 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) pada akhir 2023 berbanding lima peratus pada masa ini.
Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael berkata, peningkatan pasaran itu akan menyamai peningkatan jualan kira-kira 30 peratus jualan pada 2022.
Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa pelancaran dua model baharu Ducati, Panigale V4R dan Monster SP di sini pada Isnin.
Menerusi pelancaran itu, kedua-dua model terbabit menambah barisan motosikal berkuasa tingginya.
Harga jualan asas Panigale V4 R adalah RM458,900 manakala Monster SP berharga RM98,900, katanya.
Pasaran sasaran bagi Panigale V4 R adalah semata-semata untuk kalangan pengumpul memandangkan model ini tidak banyak dihasilkan dan motosikal ini untuk kegunaan litar.
"Motosikal ini merupakan juara di litar bagi sesiapa yang menggemari kelajuan dan pada masa yang sama menyimpannya sebagai koleksi,
"Sementara itu Monster SP disasarkan untuk mereka yang menggemari sukan tunggangan, kegunaan litar, peminat motosikal berkuasa tinggi dan pada masa sama sebagai kegunaan harian," katanya.
Michael berkata dua unit Panigale V4 R telah dijual, dan Ducati Malaysia menjangkakan dapat menjual sekurang-kurangnya 20 motosikal Monster SP.
Sementara itu, Ducati Malaysia turut melancarkan pengedaran baharu bernilai RM1 juta yang terletak di Wisma Pahlawan, di sini.
Kemudahan ini meliputi bilik pameran dan pusat servis motosikal khusus dengan kapasiti sehingga 100 motosikal sebulan.
"Pembukaan bilik pameran Ducati Kuala Lumpur merupakan satu peristiwa penting bagi kami -- sambutan bagi pertumbuhan dan evolusi berterusan jenama ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Pelancaran dua model baharu Ducati, Panigale V4R dan Monster SP disempurnakan pada Isnin.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
MotoGP: Bagnaia pecahkan rekod sepusingan SIC, duduki petak pertama
Juara Dunia Francesco Bagnaia yang sekali lagi mencatatkan rekod baharu sepusingan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang.
Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover': Polis teliti CCTV buru suspek lawan arus
Polis memohon saksi kejadian kemalangan ngeri melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) tengah hari semalam untuk tampil.
Ducati sasar bahagian pasaran 6.5 peratus selepas lancar dua model, bilik pameran
Peningkatan pasaran itu akan menyamai peningkatan jualan kira-kira 30 peratus jualan pada 2022.
Ducati Malaysia lancar model baharu, umum pengembangan rangkaian
Ia turut memperkenalkan kemudahan Ducati Corse Credit serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu.
MotoGP: Bagnaia raih petak utama dengan rekod baru
Bagnaia membuktikan bahawa dia mampu merekodkan masa lebih baik dalam sesi kelayakan apabila mencatatkan rekod baru jentera dua roda di Litar Antarabangsa Losail.
Kenapa Kawasaki tidak ada dalam saingan kelas MotoGP?
Adakah syarikat pengeluar motor Jepun ini takut dengan saingan MotoGP yang didominasi Honda, Yamaha dan Ducati atau ada perkara lain yang berlaku?
Marquez sasar penyudah podium di Sepang
Pelumba Sepanyol berusia 25 tahun itu tidak sabar untuk menambah koleksi podium di litar yang beliau dan Honda harungi ujian pramusim dengan penuh lancar.
Kemunculan enjin baharu bakal lonjakkan jualan Ducati tahun depan
Pertumbuhan ini akan dipacu oleh enjin V4 terbaharu Ducati, 'Desmosedici Stradale' yang akan menjana motosikal berkuasa tinggi generasi akan datang, Ducati Panigale.
Next Bike sasar pertumbuhan dua angka bagi jualan Ducati pada 2017
Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal jenama Ducati di Malaysia, yakin dapat mencapai pertumbuhan dua angka bagi jualan tahun ini berbanding 300 unit pada 2016.