ISKANDAR PUTERI: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2022.
Speaker DUN Suhaizan Kaiat memaklumkan belanjawan itu diluluskan secara majoriti dengan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat tangan tanda setuju dengan 27 berkecuali sementara dua ADUN tidak hadir.
"Yang setuju angkat tangan, mana yang tidak bersetuju dipersetujukan," kata beliau pada hari terakhir Persidangan Keempat DUN yang ke-14, hari ini.
Dua ADUN iaitu Datuk Osman Sapian (Bersatu-Kempas) dan Hahasrin Hashim (BN-Panti) tidak hadir kerana masalah kesihatan, manakala 54 ADUN termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu-Gambir) hadir.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dalam sesi penggulungan Belanjawan Johor 2022 berkata kerajaan negeri akan memperhebat usaha menjadikan Johor sebagai negeri pilihan pelabur memandangkan kedudukannya yang strategik dan memiliki pelbagai agensi pemangkin ekonomi.
"Saya yakin dan percaya bahawa Johor akan menjadi antara negeri yang terawal bangkit daripada kemelut ekonomi yang terjejas akibat COVID-19," kata beliau.
Persidangan DUN hari ini berakhir kira-kira pukul 5 petang tadi.
Untuk rekod, kerajaan negeri dipimpin UMNO Johor dengan 14 kerusi DUN, MIC memiliki dua kerusi, Bersatu 12 kerusi dan Pas satu kerusi manakala Pakatan Harapan 27 kerusi.
Hasni ketika membentangkan belanjawan defisit itu yang bertemakan "Memperhebat Kesejahteraan Johor" pada 18 Nov lepas berkata hasil negeri pada tahun depan diunjurkan berjumlah RM1.671 bilion manakala perbelanjaan berjumlah RM1.958 bilion.
Selain itu, kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk daripada pembangkang akan menerima peruntukan tetap RM200,000 setahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini meluluskan Belanjawan Johor 2022. - Gambar fail/BERNAMA

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.

DUN Johor kutuk tindakan Israel sambung serangan ke atas Gaza
DUN Johor kutuk tindakan kejam zionis setuju dengan gencatan senjata (disifatkan) muslihat untuk mendapatkan pembebasan tawanan Israel di Gaza.

DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Sukan Bangsa Johor diadakan di semua DUN Ogos ini
Empat acara sukan akan dianjurkan iaitu sepak takraw, futsal, bola keranjang dan pertunjukan sukan kavadi.

Jawatankuasa Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Johor ditubuh
Cadangan penubuhan jawatankuasa itu telah dibahaskan selama lima hari bermula 19 Mac lepas dengan membabitkan kesemua 56 ADUN.

Banjir Johor: Tiga fasiliti kesihatan masih tidak beroperasi
Dua fasiliti kesihatan tidak selamat beroperasi iaitu Klinik Desa Kundung Ulu, Tangkak dan Klinik Kesihatan Chaah, Segamat manakala Klinik Desa Sri Pandan dalam proses pembersihan.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Istilah pengimbang, lebih murni, lebih tepat, lebih komprehensif dan lebih futuristik untuk mewujudkan DUN yang lebih berwibawa.

Persidangan DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan 2023
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Ahad sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2023.

DUN Johor ucap tahniah kepada dua ADUN dilantik Menteri, Timbalan Menteri
Perkara itu dimaklumkan oleh Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.

Johor wujudkan hab permotoran di Ayer Hitam
Hab permotoran berkenaan melibatkan pembangunan di kawasan seluas 2.8328 hektar, di atas tanah milik Kementerian Dalam Negeri.