KUALA LUMPUR: Demo Store Dyson di Tun Razak Exchange (TRX) yang baharu dilancarkan semalam bakal membuka pasaran lebih luas untuk produknya.
Jurutera Kanan Termal dan Dinamik Bendalir di Dyson Global Development Centre yang berpangkalan di Senai, Johor, Dominica Khoo berkata ruang Demo Store berkeluasan 1,076 kaki persegi di The Exchange TRX akan menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggannya.
“Kami mahu lebih dekat dengan pelanggan kami. Ia tidak seperti kedai Dyson yang lain kerana kami hanya mahu membuka pintu kami ke pasaran yang berbeza bukan sahaja untuk pelanggan daripada golongan mewah.
“Pelanggan boleh mencuba produk kami dan mendapatkan yang terbaik daripada produk kami. Kami mempunyai pakar di kedai berkenaan (Demo Store) yang boleh menunjukkan kepada pelanggan cara mereka boleh menggunakan dan mendapatkan yang terbaik daripada sesuatu produk,” katanya pada majlis pelancaran tersebut, di sini.
Demo Store itu membentuk sebahagian daripada pemacu global Dyson untuk mengembangkan cita-citanya menerusi pendekatan terus kepada pengguna dan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk teknologi yang berprestasi lebih baik di Kuala Lumpur.
Dyson adalah syarikat penyelidikan dan teknologi global dengan operasi kejuruteraan, penyelidikan, pembangunan, pembuatan dan ujian di Singapura, United Kingdom, Malaysia dan Filipina.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024

Demo Store Dyson di Tun Razak Exchange yang dilancarkan pada Khamis memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk teknologi yang berprestasi lebih baik di Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Dyson teroka pasaran lebih luas dengan pelancaran 'Demo Store' di TRX
Ruang Demo Store berkeluasan 1,076 kaki persegi di The Exchange TRX akan menawarkan pengalaman baharu kepada pelanggannya.