MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kini menerajui pembangunan industri kenderaan rekreasi (RV) serta karavan di Malaysia, dengan memanfaatkan pertumbuhan global industri tersebut selepas pandemik.
ECERDC mengambil langkah pertama dengan mempertemukan penggubal-penggubal dasar dan pemain industri kenderaan rekreasi dan karavan terkemuka dari luar negara untuk menerokai rangka kerja bagi membangunkan industri tersebut di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), dan seterusnya di seluruh Malaysia.
Ahli-ahli Persatuan Karavan dari Jerman (Caravaning Industrie Verband e.V – CIVD) yang mewakili pemain industri RV Jerman telah menerima jemputan ECERDC untuk berkunjung ke Malaysia dan khususnya ECER dari 20 hingga 24 Februari bagi meninjau peluang pelaburan dan perniagaan, serta mengenal pasti hab karavan bagi pasaran ASEAN dan Asia Pasifik.
Delegasi CIVD telah menyertai mesyuarat meja bulat anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang dihadiri wakil daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta agensi-agensi terlibat termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Mesyuarat tersebut antara lainnya membincangkan pelbagai isu teknikal bagi pelaksanaan industri RV di Malaysia.
Dengan kedudukannya di tengah-tengah Asia Tenggara, Malaysia memberi peluang kepada pengeluar RV Jerman untuk meneroka peluang pelaburan di ECER. Ini termasuk menubuhkan kilang pemasangan RV bagi memenuhi keperluan pasaran domestik, ASEAN dan Asia Pasifik. ECERDC memainkan peranan untuk membantu memudahcara agensiagensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam pelaksanaan projek pemangkin yang strategik dan berimpak tinggi bagi membangunkan sosioekonomi di ECER, dan pembangunan industri RV adalah salah sebuah projek sedemikian.
Datuk Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC berkata: “Di Malaysia, pelancongan RV masih lagi di peringkat permulaan, walau bagaimanapun, industri ini mempunyai potensi untuk berkembang. Seperti pelancong luar negara, pelancong domestik juga mencari pilihan yang lebih selamat untuk melancong serta menikmati alam semula jadi.
"Terdapat sejumlah besar peminat karavan di Malaysia, dan bilangannya semakin meningkat.”
Dalam rangka lawatan tersebut, ECERDC turut membawa delegasi Jerman melawat hab automotif ECERDC, Taman Automotif Pekan (PAP), untuk menilai potensinya sebagai hab pemasangan RV bagi pasaran domestik dan eksport. PAP adalah sebuah taman automotif bersepadu dan mesra alam, dengan ekosistem automotif yang matang. Ia menempatkan pembuat kenderaan Jerman seperti Mercedes-Benz dan Volkswagen, serta pemain global lain yang kritikal dalam rantaian bekalan automotif.
Potensi industri RV bukan sahaja pelaburan dalam sektor pembuatan dan pekerjaan yang berkaitan, ia juga mampu merangsang potensi ekonomi tempatan yang belum diterokai dalam industri pelancongan. Malaysia, khususnya di Pantai Timur, mempunyai banyak destinasi pelancongan, dan pada masa ini, terdapat lebih 150 tapak perkhemahan dan rekreasi di seluruh negara, terutamanya di sepanjang pesisir pantai di wilayah ECER.
Tasik Bera di Pahang dan Pantai Air Papan di Mersing, Johor adalah contoh destinasi sedia ada di wilayah ECER yang bakal menjadi tumpuan pelancongan RV. Tasik Bera yang terletak di barat daya negeri Pahang berpotensi dibangunkan untuk pelancongan berimpak rendah, dengan mengambil kira kesejahteraan suku kaum asli yang menetap berhampiran. Pantai Air Papan di Mersing, Johor pula merupakan destinasi popular bagi penduduk tempatan dan pelancong yang gemar berenang dan bersantai di bawah sinar matahari.
Industri RV juga akan memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan pada masa
yang sama, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Daniel Onggowinarso, Pengarah Urusan CIVD, berkata: “Bercuti menggunakan karavan adalah salah satu bentuk percutian paling selamat buat masa kini. Ini adalah kerana perjalanan hanya melibatkan ahli keluarga dalam karavan yang lengkap dengan kemudahan tempat tinggal, memasak dan tandas. Malaysia pula menawarkan destinasi indah yang amat sesuai untuk pelancongan sebegini. Dari pertemuan kami dengan kementerian dan agensi berkaitan, kami dapat melihat potensi untuk menubuhkan hab karavan di Malaysia,
terutamanya di ECER. Kami berharap dapat meneroka prospek pelaburan dan kerjasama dalam industri karavan di ECER.”
Permintaan untuk RV telah berkembang dengan pesat di negara jiran seperti Australia, New Zealand, Jepun, China dan Korea. Pada tahun 2020, Australia merekodkan 45,000 unit pendaftaran RV baharu, di mana 20% daripadanya diimport dari China.
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur
(ECERDC)
Kenyataan Media
Tue Mar 08 2022

Ahli Persatuan Campervan & Motorhome Malaysia (PCMM) berkumpul berhampiran Jambatan Angkat Terengganu dalam program Camper Rally Terengganu 2022 pada 4 hingga 7 Mac lalu. - Gambar hiasan/ Ihsan PCMM
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.

ECERDC realisasi pelaburan RM2.4 bilion di Terengganu
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya merealisasikan pelaburan bernilai RM2.4 bilion di Terengganu setakat Mac ini.

ECERDC raih pelaburan komited RM5.6 bilion untuk Pahang
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM5.6 bilion untuk Pahang setakat bulan lepas.

Pembangunan Pahang dijangka berkembang pesat dalam tempoh lima tahun - MB
ECERDC merupakan platform yang mampu mempercepatkan pembangunan, berdasarkan kajian dan perancangan yang teratur selain kerjasama erat bersama kerajaan negeri.

Projek penting di bawah ECERDC diteruskan - MB Kelantan
Semua projek penting di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kelantan masih diteruskan biarpun mengalami kelewatan, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Syarikat industri kenderaan rekreasi utama Jerman lawat ECER
Delegasi CIVD itu turut disertai kalangan eksekutif tertinggi daripada pembuat RV Jerman yang menguasai 65 peratus bahagian pasaran di Eropah yang bernilai kira-kira EUR7.5 bilion.

Wilayah Pantai Timur bakal jadi hub industri kenderaan RV
Kementeriannya bekerjasama dengan MIDA dan ECERDC untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi seperti industri RV ke Malaysia.

ECERDC berjaya tarik RM5.3 bilion pelaburan, wujud 3,300 peluang pekerjaan di Pahang tahun ini - PM
Jelas Ismail Sabri, selain pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan, kerajaan juga komited dalam membasmi kemiskinan tegar di Pahang.

Pelbagai projek ECERDC di Mersing sudah disiapkan - Onn Hafiz
ECERDC merupakan badan berkanun yang menerajui pelaksanaan ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.

Kerajaan peruntuk RM897 juta bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur - PM
Kerajaan memperuntukkan RM897 juta bagi pembinaan pembangunan bandar-bandar sempadan di tiga kawasan menerusi Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).