KUALA LUMPUR: Ekonomi digital perlu menjadi instrumen utama dalam mencapai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China serta merangsang aktiviti industri, kata seorang pakar.
Ahli Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Wei Chuan Beng berkata ekonomi digital penting bagi Malaysia serta negara jiran lain dalam usaha membaskini kemiskinan melalui idea perkampungan digital untuk meningkatkan penjagaan kesihatan, pendidikan dan e-dagang.
"Selain itu, ekonomi digital juga boleh menjadi platform bagi kerajaan untuk menjadi lebih efektif dan cekap," katanya semasa rancangan bual bicara CTGN-Bernama Belt and Road Special Joint Programme.
Terdahulu pada April, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus bekerjasama dengan China mengukuhkan kerjasama sedia ada dalam BRI dan mengembangkan kerjasama ekonomi dalam bidang pertumbuhan baharu seperti pembangunan hijau dan ekonomi digital.
Semasa lawatan tiga hari ke China, Anwar berkata Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara anggota Asean lain untuk memastikan Kawasan Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA) memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Beliau berkata ACFTA bukan sahaja akan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini tetapi juga meluaskan manfaat ekonomi dengan kemasukan sektor baharu, iaitu ekonomi digital, ekonomi hijau, persaingan dan perlindungan pengguna, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Sementara itu, mengenai peluang pelaburan, Presiden Beijing Belt and Road Cooperative Community Han Ye berkata masih terdapat banyak bidang untuk diteroka oleh kedua-dua negara selain kenderaan elektrik dan kesalinghubungan internet.
"Mungkin bidang-bidang ini berada di pelbagai peringkat pembangunan, tetapi sudah tentunya orang ramai akan berusahan gigih untuk meneroka bidang ini seperti ekonomi biru yang mana kedua-dua negara boleh melakukan pindahan teknologi, meningkatkan penyediaan makanan laut untuk kedua-dua negara dan juga untuk meningkatkan kebajikan daripada mata pencarian.
"Saya turut maklum bahawa aplikasi internet seperti Little Red Book juga sangat popular dalam kalangan anak muda di Malaysia.
"Jadi, mungkin di samping aplikasi popular seperti ini, saya rasa akan wujud peluang pelaburan bagi pihak China untuk melabur lebih banyak ke dalam pasaran Malaysia dan meneroka pasaran berpotensi besar ini dengan populasi yang semakin meningkat di negara anda," katanya.
Selain projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), beliau berkata dua taman perindustrian, satu di China dan satu lagi di Malaysia, juga boleh menjadi pencapaian yang sangat baik dalam pelaburan BRI.
Pada masa ini, Malaysia dan China terlibat dalam beberapa kerjasama, termasuk projek ECRL bernilai RM75 bilion, yang dijangka siap pada Disember 2026 dan sedia untuk beroperasi pada Januari 2027.
Prof Madya Song Qingrun dari Beijing Foreign Studies University's School of Asian Studies turut mengulas bahawa China telah memperoleh banyak manfaat daripada hubungan dua hala dan pembangunan ekonomi kedua-dua pihak di bawah rangka kerja BRI.
"Ini benar terutamanya pelaburannya dalam produk pembuatan kereta, produk telefon pintar mudah alih dan juga taman perindustrian melibatkan pihak China yang telah banyak melabur di Malaysia. China telah meraih sedikit keuntungan," katanya.
China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia selama 14 tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan sebanyak RM488 bilion pada 2022.
Dari segi pelaburan, China merupakan pelabur langsung asing terbesar di Malaysia tahun lepas, dengan pelaburan sebanyak RM55.2 bilion.
Menurut statistik Kementerian Luar Negeri, jumlah eksport ke China meningkat 9.4 peratus kepada RM210.6 bilion pada 2022, manakala jumlah import dari China berjumlah RM276.5 bilion pada tahun yang sama, atau naik 20.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023

Anwar ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Rakyat China, Xi Jinping, di Great Hall of the People, Beijing, pada 31 Mac lepas. - Foto fail/BERNAMA

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menurut Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan, sebagai sebuah negara yang majmuk, masyarakat perlu memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.

China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.

Laos berusaha tingkatkan ekonomi digital
Forum Digital Laos Keenam di Vientiane menandakan pencapaian penting dalam usaha negara itu menuju ekonomi digital yang berdaya maju.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.

Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.

SDEC 2024 tarik 20,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM100 juta
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 melabuhkan tirai dengan kejayaan yang signifikan.

Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.